85 Tip & Manual Pelaksanaan PADA HARI KEBERANGKATAN
1. Pada malam keberangkatan bangunlah di tengah malam serta tunaikanlah solat sunat taubat sebanyak dua rakaat dan selepas salam istighfarlah sekurang-kurangnya 100 kali serta bertaubat ke hadrat Allah SWT dengan sekujur keinsafan dan setulus kejujuran dan keikhlasan.
2. Setelah menyempuranakan solat taubat dan berzikir tunaikan pula solat sunat istikharah sebanyak dua rakaat. Selepas salam berdoalah kepada Allah SWT untuk menunjukkan kepada kita jalan yang benar serta dikurniakan kesihatan yang sempurna dalam mengerjakan ibadat kepada Allah SWT di kedua-dua tanah haram itu kelak.
3. Setelah menyempurnakan solat taubat dan istikharah tersebut tunaikan pula solat hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Setelah memberi salam sujudlah semula dan dalam sujud tersebut pohonlah dengan sepenuh keinsafan dan kerendahan diri agar dihindarkan daripada sebarang masaalah atau musibah yang boleh menjejaskan kelancaran program Umrah yang bakal dilaksanakan itu. Pohonkan juga keampuhan kesihatan serta kecekalan emosi serta semangat dan jati diri agar tidak berbelah bahagi, was-was serta ragu-ragu untuk meninggalkan anak serta harta benda sepanjang waktu mengerjakan ibadah Umrah itu kelak.
4. Tunaikan solat subuh pada hari tersebut di surau atau masjid berhampiran dengan tempat kediaman anda. Ambil kesempatan selepas solat subuh yang mulia itu untuk bersalam-salaman serta memohon keampunan dan kemaafan daripada para jemaah yang menjadi rakan dan taulan setia anda selama ini.
5. Minta para jemaah yang terdekat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan diri anda dalam kembara suci itu kelak kerana doa restu daripada sahabat handai juga boleh membantu memudahkan segala urusan suci anda serta menepis segala musibah serta masaalah yang mungkin didorongi oleh iblis dan syaitan laknatullah itu.
6. Rujuk surat atau risalah yang menegaskan jadual penerbangan Umrah anda itu untuk memastikan tarikh keberangkatan berkenaan tidak tersilap atau terlepas pandang dan juga untuk memastikan masa untuk melaporkan diri di lapangan terbang itu menepati kehendak dan tuntutan jadual penerbangan berkenaan.
7. Perkara ini amat penting diberi perhatian kerana sebarang masaalah teknikal saperti terlepas tarikh atau terlepas penerbangan akan mengundang kesulitan bagi pihak jemaah dan bagi pihak agensi kerana berkemungkinan besar tidak akan mendapat penerbangan yang lain dan wang yang telah dijelaskan itu tidak akan dipulangkan semula terutama jika kesilapan itu berpunca daripada kecuaian dan kealpaan jemaah sendiri.
8. Pastikan satu salinan surat jadual penerbangan itu ditinggalkan kepada waris di tanah air supaya mereka dapat mengenal pasti tarikh keberangkatan pulang anda bagi memudahkan mereka mengaturkan pengangkutan bagi menjemput anda balik dari lapangan terbang Kuala Lumpur ke rumah kelak.
9. Salinan surat pengesahan jadual penerbangan itu yang mengandungi juga alamat serta nombor telefon agensi yang mengendalikan Umrah kita itu amat berguna bagi waris anda di tanah air mengetahui perkembangan semasa program Umrah berkenaan serta mendapat maklumat mutakhir sekiranya berlaku sebarang kesulitan saperti kemalangan, sakit pening, pertukaran tarikh penerbangan atau pindaan masa ketibaan. Dengan yang demikian waris tidak akan dilanda dilemma kerisauan dan kemelut keresahan yang tidak sewajarnya.
10. Buat semakan terakhir untuk memastikan segala peralatan saperti pakaian dan barang-barang keperluan lain telah dimasukkan ke dalam beg-beg besar serta beg galas yang bakal di bawa bersama ke tanah suci.
11. Pastikan juga jemaah tidak membawa barang-barang yang tidak perlu serta dilarang oleh agensi penerbangan saperti pisau, gunting, buku-buku atau risalah yang berunsur politik, makanan yang mudah busuk serta berbau saperti tempoyak durian, belacan dan seumpamanya.
12. Pastikan segala beg besar atau beg galas diri kita sendiri serta diri isteri, anak-anak serta keluarga dan mahram anda itu telah vertulias dan berlabel dengan nama, alamat penuh serta nombor telefon dengan jelas dan terang bagi memastikan ia tidak tersilap ambil atau mudah dikesan dan diserahkan semula kepada anda sekira berlaku masalah-masalah teknikal di luar jangkaan saperti tercicir, tersasar ke tempat lain, tersilap ambil, tertinggal dalam bas atau pesawat dan seumpmanya.
13. Pastikan segala dokumen saperti kad pengenalan, kad-kad ATM, lesen memandu, kad kuasa atau pengenalan diri di tempat kerja dan seumpamanya di tinggalkan keapda anak atau saudara mara di tanah air kerana kad-kad tersebut tidak di perlukan di sepanjang menunaikan ibadah Umrah kita itu.
14. Passport antara bangsa serta tag pengenalan diri yang di sediakan khusus oleh pihak agensi itu sudah memadai untuk menjadi teman serta pengenalan diri kita sepanjang berada di tanah suci itu kelak.
15. Lazimnya pihak imigresen mengkin akan merampas dokumen-dokumen tersebut atau sekurang-kurangnya anda akan berhadapan dengan soalan-soalan atau sesi soal siasat yang menyulitkan, membuang masa serta mengganggu keharmonian serta kestabilan emosi serta perasan anda. Jesteru, mengapa harus kita mengundang permaslahan yang tidak sepatutnya.
16. Pastikan juga anda membawa jumlah wang yang secukupnya untuk membeli belah atau membayar dam sekiranya anda terlanggar salah satu rukun, wajib atau pantang larang ihram secara tidak sengaja. Meskipun makanan dan minuman serta kos perjalanan dan pengangkutan untuk berziarah telah sedia dilunaskan serta telah termasuk dalam pakej namun anda juga memerlukan wang untuk makan dan minum tambahan, membeli cenderamata dan cenderahati untuk sanak saudara, keluarga dan sebagainya.
17. Pastikan juga anda telah menukarkan sedikit wang ke dalam matawang Saudi Riyal bagi kegunaan yang pelbagai sepanjang perjalanan kelak. Namun demikian anda masih boleh menukar wang anda itu di tanah suci tetapi mungkin kadarnya agak rendah dan murah berbanding dengan kadar pertukaran di tanah air.
18. Anda juga masih boleh menukar wang Ringgit Malaysia anda itu di kaunter pertukaran wang yang terdapat di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Sehubungan itu anda tidak perlu risau atau runsing berkenaan dengan permaslahan tersebut.
19. Rehatkan badan sepenuhnya kerana anda memerlukan kekuatan jasmani dan kesihatan diri serta minda bagi mengharungi perjalanan selama 8 hingga 9 jam dalam pesawat antara Kuala Lumpur dengan Jeddah sekiranya menaiki penerbangan terus. Jika menaiki pesawat yang terpaksa berhenti atau transit di suatu destinasi persinggahan saperti Doha di Qatar, Dubai di Emiriah Arab Bersatu, Isfahan atau Teheran di Iran, Keherah di mesir dan seumpamanya maka jangka masa dalam penerbangan akan bertambah hingga mencecah 10-12 jam.
20. Anda juga perlu menaiki pula selama 6-7 jam lagi untuk sampai dari Jeddah ke Madinah. Bayangkan betapa letih dan penatnya jasmani serta fizikal diri anda terutama jemaah yang telah berumur dan kurang sihat. Justeru, jaga kesihatan diri pada hari keberangkatan itu dengan mendapatkan rehat serta tidur yang secukupnya.
21. Elakkan daripada membuat kerja saperti mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, membasuh dan melipat pakaian dan seumpamanya pada hari keberangkatan itu. Pasrahkan hati supaya tidak terlalu bimbang atau khuatir dengan memberikan sepenuh kepercayaan kepada mereka yang tinggal untuk melaksanakannya.
22. Kurangkan makan terutama makanan yang pedas-pedas atau yang telah sejuk kerana dikhuatiri makanan tersebut akan menyebabkan perut bersasa sakit serta tidak selesa. Fenomena itu akan mengganggu minda dan konsentrasi diri dalam penerbangan kelak terutama kalau anda dilanda masaalah kerap buang air besar kerana kemudahan tandas dalam pesawat amat terhad.
23. Namun begitu tidak pula bererti perut dibiarkan kekosongan tanpa sebarang makanan lantaran fobia dengan masaalah saperti di atas kerana perut yang kosong akan di isi pula oleh angin yang akan menyebabkan jemaah rasa senak perut atau pedih hati dan juga akan mengganggu keseronokan jiwa, emosi dan persaan yang sepatutnya riang dan bahagia mengharungi pengembaraan yang penuh kebahagiaan, fadilat dan hikmah itu.
24. Baca serta hayati maksud serta intipati doa permulaan perjalanan yang terdapat dalam buku doa yang dibekalkan oleh pihak agensi. Doa tersebut amat penting di baca dan di hayati terlebih dahulu sebelum di panjatkan ke hadrat Allah SWT selepas solat sunat safar yang bakal kita dirikan kelak bagi memastikan ia ikhlas dan pasrah tanpa sebarang was-was, syak dan ragu ketika dipersembahkan ke hadrat Allah SWT itu.
25. Kandungan serta intipati doa tersebut boleh menjadi pendinding serta pengankis yang amat kalis dan kebal bagi menghadapi diayah, pujuk rayu serta tipu daya iblis dan syaitan yang akan berusaha sedaya upaya dengan beraneka taktik dan strategi bagi memesong serta menyelewengkan niat dan hasrat anda untuk menyusuri jalan lurus yang diredhai Allah itu.
26. Kefasihan serta kelancaran lidah anda dalam menutarakannya ke hadrat Allah SWT itu kelak akan menggamit kesyahduan yang bakal mengundang titisan air mata keinsafan dan kesenduan. Sesungguhnya, air mata keinsafan dan kesenduan tersebut mampu memperteguhkan tali kebergantungan mutlak kita kepada segala qada’ dan qadar Allah SWT.
27. Bersihkan diri serta mandi dan mengambil wudhu’ satu jam sebelum berangkat ke lapangan terbang Kuala Lumpur. Pakai pakaian yang selesa iaitu tidak terlalu sempit dan tidak pula terlalu longgar serta tunaikan solat sunat musafir sebanyak dua rakaat dengan khusyuk dan tawaduk.
28. Setelah itu panjatkan doa sunat musafir yang terdapat dalam buku doa. Sekiranya anda tidak begitu fasih dalam bahasa Arab, memadai dipanjatkan dalam bahasa Melayu yang anda faham maksud dan pengertiannya.
29. Berdoalah dengan setulus keinsafan dan sekujur keyakinan bahawa Allah akan memelihara keselamatan anda sepanjang perjalanan serta diberikan kekuatan dan semangat jati diri yang kental untuk mengharungi segala cabaran dan rintangan yang menyusuri kembara suci mencari redha Ilahi itu.
30. Doa tersebut juga berupaya menyuntik keyakinan serta kepasrahan yang sejati dalam diri dan minda anda bahawa Allah pasti akan memelihara keselamatan juga kesejahteraan anak pinak, saudara mara serta harta benda yang bakal ditinggalkan itu.
31. Masukkan segala barang-barang keperluan ke dalam kenderaan dan pastikan tiasa suatu pun yang tertinggal. Elakkan daripada keadaan panic serta tergopoh-gapah kerana fenomena itu adalah bisikan dan tiupan diayah iblis dan syaitan yang tidak putus-putus berusaha bagi menggagalkan hasrat murni anda itu.
32. Bergerak awal ke lapangan terbang meski pun anda dikehendaki berada di sana sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas. Bagi yang tinggal jauh pastikan bergerak lebih awal lagi kerana banyak halangan di sepanjang perjalanan yang amat sukar di ramalkan saperti kesesakan lalu lintas, tayar kereta pecah atau bocor, di tahan anggota Polis Trafik kerana kesalahan lalu lintas yang tidak disengajakan dan seumpamanya.
33. Usah bimbang sekiranya anda sampai awal sedikit kerana masa yang banyak terluang itu dapat membantu menjana keharmonian serta kedamaian jiwa. Jiwa yang tenang, aman serta damai dapat mengangkat martabat penghayatan diri bagi menyempurnakan segala tuntuan ibadah suci Umrah berkenaan yang amat luas dan mencabar itu.
34. Pastikan sebelum bergerak meninggalkan rumah anda membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali, surah Al-Falaq senyak 3 kali, surah An-Nas sebanyak 3 kali dan ayat Kursi sebanyak 3 kali.
35. Setelah membaca ayat-ayat serta surah-surah berkenaan maka berdoalah dengan membaca doa Tawakkal kepada Keagungan dan Keesaan Allah SWT serta doa apabila hendak keluar dari rumah.
36. Pastikan anda tidak lupa membaca doa menaiki kenderaan agar perjalanan anda itu sentiasa berada di bawah lembayung restu dan redha Allah SWT serta di jauhi dari sebarang bencana dan musibah yang mungkin di dorong oleh tipu daya serta muslihat iblis dan syaitan yang tidak pernah mengaku kalah atau putus asa itu.
37. Di sepanjang perjalanan itu basahilah bibir anda dengan zikir-zikir yang memuji-muji kebersaran serta Keagungan Allah SWT di samping membaca doa dalam perjalanan yang terdapat dalam koleksi doa-doa Umrah itu dengan penuh khusyuk dan syahdu.
38. Laporkan diri pada petugas agensi yang sedia menunggu di aras 5 lapangan terbang berkenaan sebaik tiba di sana. Sentiasa pamerkan beg kecil dokumen yang mengandung lambing agensi bagi memudahkan wakil agensi mengenali anda.
39. Petugas atau wakil agensi yang bertanggung jawab akan memberikan kepada setiap jemaah tag pengenalan diri yang mengandungi butiran saperti gambar, nama penuh, logo agensi, nama hotel penginapan di madinah dan makkah serta nombor-nombor telefon para wakil di tanah suci untuk memudahkan perhubungan sekiranya memerlukan bantuan dan menyelesaikan sebarang kemusykilan.
40. Pastikan anda memakai tag nama tersebut sepangajang masa di lapangan terbang tersebut, dalam pesawat penerbangan dan di kedua-dua tanah suci sebagai dokumen pengenalan diri yang sah.
41. Sematkan atau ikatkan tag pengenalan bagasi lengkap dengan nama dan gambar yang dibekalkan oleh pihak agensi itu kepada setiap bagasi yang bakal dimasukkan ke dalam ruangan kargo penerbangan.
42. Bagi beg galas yang bakal di bawa dengan tangan ke dalam pesawat akan di bekalkan pula tag logo syarikat penerbangan. Tulis nama pada tag tersebut bagi memastikan beg-beg anda itu tidak hilang, tercicir atau tersalah ambil dan mudah dikembalikan semula kepada anda sekiranya terjumpa atau dijumpai.
43. Terima buku panduan perjalanan yang mengandungi segala butiran dan tatacara yang perlu dipatuhi sepanjang perjalanan dan setiap masa di tanah suci kelak saperti tatacara di KLIA Sepang, tatacara dalam penerbangan, tatacara di lapangan terbang transit, tatacara sewaktu ketibaan di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah, tatacara dalam perjalanan ke Madinah dan seumpamanya hinggalah jemaah balik semula ke tanah air.
44. Baca serta hayati segala informasi atau makmulat yang terkandung dalam buku panduan tersebut supaya anda sentiasa prihatin dan peka terhadap setiap prosedur yang berlaku dan yang akan berlaku sepanjang kembara suci berkenaan. Maklumat yang lengkap dapat membantu penjurusan minda serta penyusunan startegi yang lancer dan sistematik.
45. Ambil kesempatan masa yang terluang itu untuk saling berkenalan sesame jemaah yang bakal menjadi teman, sahabat dan saudara anda sepangjang kembara dan perjalanan suci itu.
46. Wujudkan rasa persaudaraan dan persahabatan yang intim dan sejati kerana merekalah kelak yang bakal menjadi teman terhibur di kala senang dan sihat serta penolong dan pembantu yang setia sekiranya anda ditimpa musibah dan masaalah di sepanjang kembara mengerjakan ibadah Umrah berkenaan.
47. Kikis segala rasa riak, sombong atau mementingkan darjat, pangkat dan kedudukan yang mungkin sedang menggelumangi diri anda itu serta seuburkan sifat-sifat mahmudah saperti kasih sayang, timbang rasa, sedia menghulurkan bantuan, kemesraan dengan tutur kata yang lemah lembut serta bersopan santun sesuai dengan tuntutan sebagai TETAMU ALLAH itu.
48. Terima Passport Antarabangsa, pas menaiki pesawat (boarding pas), buku kesihatan dan borang pendaratan di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah yang telah lengkap di isi segala butirannya oleh pihak agensi daripada wakil agensi yang bertugas.
49. Simpan baik-baik segala dokumen berkenaan dalam bag dokumen yang di bekalkan oleh pihak agensi untuk tujuan tersebut. Perlu di ketahui bahawa dokumen-dokumen tersebut adalah ibarat nyawa anda sepanjang berkelana MENJADI TETAMU ALLAH.
50. Sebarang kehilangan atau keciciran boleh mengakibatkan masaalah besar dan rumit serta boleh mengendalakan perjalanan serta menggagalkan hasrat murni anda semua tenand dan tenteram.
51. Sehubungan itu, berikan perhatian dan penjagaan 100% kepada tanggungjawab berkenaan. Kanak-kanak atau saudara mara yang telah lanjut usia dan mudah pelupa itu disarankan supaya menyerahkan urusan menjaga dokumen berkenaan kepada ketua keluarga atau mahram masing-masing.
52. Bawa segala beg dan bagasi yang bakal di masukkan ke dalam kompartmen kargo pesawat bersama Passport dan Pas Menaiki Pesawat (boarding pas) ke Kaunter Pendaftaran Masuk (Check In Counter) apabila di panggil oleh petugas agensi mengikut keluarga atau mahram masing-masing. Beg galas atau hand luggage tidak perlu di serahkan kerana ia bakal di bawa sendiri ke dalam pesawat kelak.
53. Kumpulkan beg-beg atau bagasi tersebut dalam kelompokan mengikut keluarga supaya dapat ditimbang secara berkumpulan. Jemaah lain di minta bersabar menunggu diliran dan di minta bertindak dengan prosedur yang sama saperti di atas apabila di kehendaki atau di panggil oleh petugas agensi bagi mengelakkan kekeliruan dan keserabutan kepada proses yang sedang di laksanakan itu.
54. Jemaah yang telah selesai menjalanai proses pendaftaran masuk atau ‘check-in’ itu di kehendaki berkumpul semula di satu tempat yang telah di tetapkan. Saudara mara yang datang menghantar di benarkan berada bersama-sama jemaah di tempat itu sehingga sampai saat dan ketika di mana para jemaah di arahkan bergerak ke dewan Berlepas (Departure Hall).
55. Petugas atau wakil agensi akan memperkenalkan ketua rombongan yang akan bertanggungjawab membimbing, menyelia serta memantau pergerakan serta keselamatan, kesempurnaan serta kelancaran perjalanan para jemaah sejak dari sewaktu keberangkatan di KLIA hinggalah selamat baik semula ke KLIA selepas mengerjakan ibadah Umrah tersebut.
56. Para jemaah di minta memberikan sepenuh kerjasama dan taat setia kepada ketua rombongan ini dengan mematuhi segala arahan dan bimbingannya meski pun ketua rombongan tersebut mungkin lebih muda dari usia para jemaah sendiri atau ada dari kalangan jemaah sendiri yang lebih berpengalaman dalam hal ehwal serta selok belok pengurusan Umrah berkenaan.
57. Semua jemaah akan di persilakan oleh pihak rombongan untuk mula bergerak masuk ker Dewan Berlepas kira-kira satu setengah jam sebelum pesawat di jadualkan berlepas.
58. Inilah saat terakhir pertemuan para jemaah denga saudara mara dan sahabat handai yang menghantar para jemaa buat sementara waktu kerana hanya peserta penerbangan sahaja yang di benarkan memasuki Dewan Berlepas itu.
59. Ucapkanlah selamat tinggal serta pohokan keampunan atas setiap dosa dan kesalahan serta minta di halalkan atas setiap yang termakan dan terminum serta mohon di doakan agar selamat pergi dan selamat balik serta dapat mengerjakan Umrah yang terbaik, berkualiti serta di terima di sisi Allah SWT.
60. Mula bergerak menuruni tangga bergerak (escalator) menuju ke Kaunter Pemeriksaan Imigresen Malaysia. Masukkan passport anda ke dalam mesin pengimbas (scanner) yang terdapat pada setiap lorong pemeriksaan. Minta bantaun pegawai yang bertugas sekiranya timbul sebarang masaalah berkaitan dengan proses tersebut.
61. Jemaah yang telah sempurna menjalani proses pemeriksaan berkenaan di minta menunggu di suatu kawasan yang berhampiran dengan pusat pemeriksaan sehingga kesemua peserta atau jemaah Umrah itu selesai menjalani pemeriksaan berkenaan.
62. Ketua rombongan akan memberikan taklimat terperinci tentang prosedur penerbangan dan semua jemaah di minta memberikan sepenuh tumpuan kepada setiap maklumat yang di sampaikan oleh ketua rombongan dalam taklimat berkenaan saperti butir-butir penerbangan yang merngkumi maklumat tentang kedudukan Balai Berlepas, masa bertoalk, jangka masa dalam penerbangan, transit atau persinggahan jika ada, kedudukan tempat duduk yang caca marba serta tidak menepati kehendak keluarga, jalam penyelesaiannya serta tatacara dan bentuk pengisian sepanjang penerbangan kelak.
63. Bergerak bersama-sama untuk ke Balai Berlepas yang tercatat dalam pas menaiki pesawat atau boarding pas masing-masing itu. Naiki keretapi transit ringan yang akan membawa para jemaah ke Anjung Berlepas dan jemaah sentiasa diingatkan supaya mengutamakan diri dalam apa jua keadaan dan suasana.
64. Keretapi akan mengambil masa tepat satu minit untuk sampai ke destinasi yang di tuju. Turun daripada keretapi dan mula bergerak secara berjemaah ke Balai Berlepas yang di tetapkan dengan melihat penunjuk arah yang terdapat di sekitar anjung tersebut.
65. Masuk ke dalam Balai Berlepas dengan mengemukakan tiket penerbangan, pas menaiki pesawat serta Passport Antarabangsa masing-masing kepada pegawai lapangan terbang yang bertugas. Petugas akan memeriksa kesahihan segala dokumen berkenaan dan akan memulangkan semual kepada setiap jemaah untuk di simpan dengan cermat dan selamat.
66. Masukkan semua beg galas, telefon bimbit, kamera video digital serta jam tangan masing-masing ke dalam mesin pengimbas bagi memastikan anda bebas daripada benda-benda yang terlarang dalam penerbangan saperti pisau, gunting dan beraneka bend tajam yang boleh di jadikan senjata atau mekanisma pengancam serta penggangu-gugat keberkesanan system elektronik keselamatan pesawat tersebut di sepanjang penerbangan kelak.
67. Seterusnya jemaah di minta pula melalui kawalan dan pengimbasan badan bagi memastikan anda bebas daripada memiliki atau membawa benda-benda terlarang dan merbahaya dalam penerbangan saperti senjata, benda-benda tajam, benda-benda daripada logam yang berdaya penarik, pencucur rokok bergas, dadah yang di larang dan seumpamanya.
68. Jemaah di minta mematuhi dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada tatacara dan prosedur keselamatan berkenaan kerana jemaah akan mengalami serta menjalani proses yang sama pada setiap kali anda akan menaiki pesawat di mana-mana lapangan terbang di dunia ini. Justeru, anggap ia sebagai pengalaman berharga yang jarang di miliki oleh semua orang dan bukannya suatu penderaan atau perkara yang menyusahkan.
69. Tunggu dalam Balai Berlepas sehingga di beritahu oleh petugas penerbanagn detik dan ketika yang telah di izinkan untuk menaiki pesawat berkenaan. Isi masa-masa terluang dan lapang itu dengan berzikir dan mengucap syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah di beri peluang melalui dan meniti saat-saat yang amat indah dan bahagia itu yang berkemungkinan kali pertama dalam hidup bagi sesetengah jemaah itu.
70. Sempurnakan qada’ hajat saperti membuang air besar atau kecil bagi yang memerlukannya atau menunaikan solat sunat musafir dan solat jama’ qasar bagi yang masih belum menunaikannya. Jemaah tidak perlu tergesa-gesa kerana pesawat tidak akan berlepas selagi semua penumpang yang telah di sahkan turut serta dalam penerbangan itu belum menaiki pesawat namun itu tidak pula bererti jemaah bebas berjalan ke sana ke mari satau sengaja melwat-lewatkan sebarang urusan.
71. Bergerak masuk ke dalam pesawat apabila di umumkan sudah boleh menaikinya. Pastikan saudara mara, anak pinak serta mahram berada bersama-sama. Tidak perlu tergopoh gapah atau berebut-rebut kerana setiap penumpang ada tempat duduk masing-masing dan penumpang ada tempat duduk masing-masing dan pesawat tidak akan berlepas selagi penumpang yang telah tersenarai belum menaiki pesawat berkenaan.
72. Tunjukkan tiket serta ‘boarding pas’ masing-masing kepada pertugas di pintu masuk laluan ke dalam pesawat. Petugas akan mengambil tiket serta keratin pas menaiki pesawat dan menyerahkan keratin kad yang mengandungi nombor tempat duduk dalam pesawat untuk pegangan dan rujukan para jemaah.
73. Bergerak dengan tenang hingga tiba di pintu pesawat di mana pramugara atau pramugari pesawat sedia menunggu untuk memberikan bantuan dan penerangan. Tunjukkan keratan kad menaiki pesawat kepada pramugara atau pramugari yang bertugas yang akan menjukkan pula lorong yang betul untuk diikuti.
74. Bergerak masuk ke dalam pesawat mengikut lorong yang telah di arahkan oleh pelayan penerbangan itu tadi. Lihat butiran huruf serta nombor tempat duduk yang di paparkan di bawah setiap tempat letak barangan. Duduk dahulu di tempat yang telah di tetapkan saperti yang tertera dalam pas menaiki pesawat itu.
75. Jangan buat sebaran pertukaran tempat duduk terlebih dahulu kerana proses tersebut akan mengganggu kelicinan dan kelancaran proses mencari tempat duduk penumpang-penumpang lain. Bersabar sehingga kesemua penumpang telah duduk di tempat masing-masing dan apabila semuanya telah sempurna barulah mula merangka untuk merombak tempat duduk secara suka sama suka sesame jemaah Umrah kelompok yang sama.
76. Setelah mendapat tempat yang sesuai dan serasi dengan runtuhan kehendak masing-masing maka masukkanlah ‘hand luggage’ atau eg galas masing-masing ke dalam kompartmen barangan yang terletak di bahagian atas tempat duduk masing-masing. Berhati-hati ketika memasukkan barang tersebut bagi mengelakkan kecederaan sekiranya ada beg yang mungkin terjatuh dan menimpa para jemaah.
77. Jangan sekali-kali meletakkan beg atau barang-barang lain di bawah tempat duduk anda kerana ia akan menyempitkan ruang tempat letak kaki anda itu. Fenomena ini boleh menyebabkan anda tidak selesa duduk sepanjang penerbangan yang begitu jauh dan lama itu.
78. Duduk di tempat duduk masing-masing. Ikat tali keselamatan yang di sediakan mengikut peraturan dan arahan yang di paparkan pada skrin atay layar perak di hadapan tempat duduk masing-masing atau di layar perak umum di hadapan petak penumpang.
79. Tegakkan tempat duduk bagi memastikan kedudukan tubuh badan anda itu berada pada posisi yang betul dan selamat sewaktu pesawat meluncur dengan amat laju meniggalkan bumi dan terapung di angkasa itu.
80. Jangan lupa membaca doa menaiki kapal terbang dan doa menaiki kenderaan yang di lampirkan dalam koleksi doa-doa umum mengerjakan Umrah itu. Setelah itu baca pula doa dalam perjalanan seupaya perjalanan anda itu sentiasa dalam Rahmat dan Perlindungan Allah SWT dan sekiranya berlaku perkara-perkara yang di luar jangkaan dan kekuasaan manusai saperti kemalangan atau kematian maka anda akan terkelompok ke dalam golongan orang-orang yang gugur syahid dan dimasukkan ke dalam syurga.
81. Ambil iktibar terhadap keagungan serta Kebesaran Allah SWT yang telah menciptakan langit tanpa tiang, awan-awan yang berarak dan berapungan di udara, angkasa raya yang luas terbentang tiada berpenghujung dan penuh dengan misteri serta keajaiban yang menakjubkan itu,
82. Hayati dan insafi juga Rahmat serta Kasih Sayang dan Kebijaksanaan Allah yang telah mengizinkan pesawat yang beratnya beratus malah jutaan tan itu terapung di udara serta meluncur dengan kelajuan yang sangat tinggi hingga mencecah beratus-ratus kilometer satu jam itu sehinngga mampu mendekatkan jarak yang begitu jauh serta menghubungkan antara satu benua dengan yang lain dalam jangka masa beberapa jam sahaja.
83. Basahi bibir anda dengan bertasbih, bertahmid serta bertakbir dengan penuh syahdu dan sendu bagi mengakui serta mempasrahi segala Keagungan, Kebesaran, Kehebatan serta Kebijaksanaan Allah SWT itu. Kekalkan ingatan anda terhadap Keagungan dan Kebesaran Allah itu sepanjang masa dalam perjalanan meredah angkasa raya yang penuh misteri dan keajaiban itu.
84. Tidur serta rehatkan badan dan fikiran sekirnaya bersas letih dan jangan sekali-kali memperkosa niat anda yang suci untuk mengerjakan Umrah sekaligus menggapai keredhaan dan keampunan Allah SWT itu dengan menonton tayangan-tayangan filem, video atau mendengar lagu-lagu yang mengasyik serta melekakan fikiran dan pendengaran yang di sediakan dalam pesawat berkenaan. Sesungguhnya syaitan dan iblis sentiasa mendorong dan meneruja minda dan fikiran anda semua supaya menggunakan segala kemudahan yang di sediakan dalam pesawat tersebut dengan alas an untuk merehatkan otak dan badan serta mengatasi rasa bosan mengharungi penerbangan selama 8-9 jam tanpa berhenti itu.
85. Sekiranya mata sukar dilelapkan dan hati amat teriningin untuk mendengar atau melihat sesuatu maka pilihlah rancangan yang bermanfaat dan berfaedah saperti bacaan Al-Quran atau rancangan yang memaparkan kehebatan alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan dan seumpamanya yang juga tersenarai dalam koleksi filem serta video milik syarikat penerbangan itu.
BANNER SUMBER DAN KEPENTINGAN NUTRIEN/ VITAMIN
-
SAIZ : 12" X 24"
HARGA SET : RM50.00
(POS FREE)
5 years ago
SubhanAllah anak. walaupun dah 6 tahun, artikel anak tulis ni sgt berguna utk first timer mcm makcik nih. Semoga Allah merahmati anak sekeluarga... Amiiin.
ReplyDeleteAssalammualaikum wbt.
ReplyDeleteBanyak memberi tips dan maklumat penting kepada saya untuk menunaikan umrah tidak berapa lama lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada penulis.