Wednesday, November 25, 2009

Fadhail (Kelebihan) Makkah

















Makkah telah dipilih oleh Allah s.w.t. menjadi tempat tumpuan hamba-hamba-Nya yang Mukmin sejak turun temurun dan mempunyai kelebihan serta keistimewaan yang banyak.
Di bawah ini dinyatakan beberapa hadis mengenai kelebihan (fadhail) Makkah.

1. Makkah ialah Tanah Haram

*Maksudnya: Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada hari pembukaan kota Makkah: “Sesungguhnya negeri Makkah ini telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak di benarkan berperang di Makkah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa shaja (pada hari pembukaan kota Makkah tahun ke-8H). Makkah ialah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang perburuan (yang hidup bebas), tidak boleh mengambil barang yang tercicir kecuali mereka mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Makkah. “Kata al-Abbas (bapa saudara Rasulullah): ‘Kecuali Iskhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) untuk dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah.’ Jawab Rasulullah s.a.w.:’Kecuali Izkhir.”

2. Nabi Ibrahim a.s. mengisytiharkan Tanah Haram Makkah

*Maksudnya: Daripada Abdullah bin Zaid r.a. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim a.s. berdoa untuk Makkah.
3. Makkah ialah sebaik-bailk negeri dan tempat yang paling disayangi oleh Allah s.w.t. dan Rasul-Nya s.a.w.
*Maksudnya: Daripada Abdullah bin ‘Adi bin Hamra’ al-Zuhdi: Aku lihat Rasulullah s.a.w. berdiri di Hazwarah dan bersabda: “Demi Allah! Sesungguhnya Makkah ialah sebaik-baik bumi Allah dan bumi yang sangat disayangi oleh Allah s.w.t., kalaulah aku tidak dihalau keluar daripadamu nescaya aku tidak akan keluar.”

4. Makkah tidak dimasuki dajal

*Maksudnya: Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah bersabda: “Semua negeri akan dimasuki oleh dajal kecuali Makkah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal olah para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali dan Allah s.w.t. akan mengeluarkan semua orang kagir dan munafik daripadanya.”

5. Ancaman daripada melakukan ilhad (kejahatan) di Tanah Haram

*Maksudnya: Daripada Ibn Abbas r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiga golongan manusia yang paling dibenci oleh Allah: (1) Orang yang melakukan ilhad (kejahatan) di Tanah Haram. (2) Orang yang mahu mengekalkan amalan jahiliah dalam Islam. (3) Orang yang menuntut darah manusia tanpa hak untuk menumpahkannya.”

6. Kelebihan tawaf

*Maksudnya: Kata Ibn Umar r.a.: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang melakukan tawaf di rumah ini (Kaabah) tujuh pusingan genap, pahalanya adalah seperti memerdekakan seorang hamba.” Dan aku juga mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda “Tidak meletakkan kaki (orang yang tawaf) dan tidak pula mengangkat yang lainnya kecuali Allah s.w.t. menghapuskan kesalahannya serta menulis baginya satu kebjikan.”

7. Rahmat kepada orang yang tawaf, solat dan memandang kaabah

*Maksudnya: Daripada Ibn Abbas berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bahawasanya Allah menurunkan 120 rahmat setiap hari, diturunkan kepada Kaabah; 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 untuk orang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”

8. Kelebihan solat di Makkah

*Maksudnya: Daripada Abdullah bin al-Zubair berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat di masjidku ini (Masjid nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100 ribu kali di masked lain).”

Disebut dalam riwayat lain: “Solat di Baitul Maqdis pahalanya 500 kali ganda daripada masjid lain.”

Sekali bersolat di masjidilharam Makkah pahalanya ialah sama dengan solat di tempat lain (selain Masjid Madinah dan baitul Magdis) selama 55 tahun, 6 bulan dan 22 hari.
Solat sehari semalam (5 waktu) pahalanya sama dengan solat selama 277 tahun, 9 bulan dan 10 hari.
Banyak lagi hadis yang menyebut tetang fadilat-fadilat (fadhail) Makkah, pembaca disarankan agar merujuk kitab dan lainnya.

No comments:

Post a Comment