Sunday, November 8, 2009

Nota Nota Mengenai Umrah

Salam Semua,

Just some notes as a refresher / reminder...

MAKNA UMRAH
Dari Segi Bahasa:
Umrah bermaksud ziarah.

Dari Segi Syarak:
Menziarahi Kaabah dan tawaf di sekelinglingnya, mengerjakan sa'i di antara Safa dan Marwah serta bercukur.

WAJIB UMRAH
1. Ihram di miqat.
2. Menjauhkan larangan-larangan ketika berihram.

RUKUN UMRAH
1. Memakai ihran berserta niat saperti berikut:
"Sengaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala."
2. Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
3. Sa'i di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali.
4. Bercukur.
5. Tertib.

SUNAT UMRAH
Segala perkara-perkara sunat bagi ibadat haji merupakan perkara-perkara sunat ibadat umrah.

MIQAT ZAMANI UMRAH
Miqat zamani umrah ialah sepanjang tahun kecuali pada hari-hari Tasyrik dan ketika mengerjakan ibadat haji di Arafah sehingga selesai mengerjakan segala rukun dan wajib haji.

MIQAT MAKANI UMRAH
Miqat makani umrah sama saperti miqat haji kecuali bagi orang berkeinginan mengerjakan umrah dari Makkah maka miqat mereka ialah di Tanah Halal.

Sekian, Wassalam.

No comments:

Post a Comment