Wednesday, November 25, 2009

Doa Selepas Solat Hajat







Dengan menyebut Asma Allah Yang Maha Agung, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji adalah kepunyaan Allah, Penguasa dan Pengatur alam semesta. Ya Allah! Limpahkan rahmat keatas junjungan kami Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya, yang dengan selawat itu semoga kami selamat daripada segala bencana dan penderitaan, dengan selawat itu pula segala hajat Engkau kabulkan, dan Engkau bersihkan kami daripada segala keburukan, angkatlah kami ke darjat yang tinggi, sampaikanlah kami pada tujuan yang Engkau redhai, iaitu kebaikan selama kami hidup dan sesudah kami mati.
Ya Allah Yang Menguasai segala sesuatu, Yang Menyertai segala yang menyendiri, Yang dekat tiada jauh, Yang nyata tiada menghilang. Yang menang dan tiada terkalahkan. Ya Allah, Yang hidup tegak dan kukuh, Pencipta langit dan bumi. Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau dengan Nama Engkau Bismillah al-Rahman al-Rahim, Zat yang Hidup tegak dengan kukuh, Yang tidak pernah mengantuk atau tidur. Aku memohon kepada Engkau dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim, Yang lemah segala wajah bila berhadapan denganNya, dan rendah segala suara dihadapanNya serta bergetar hati kerana takut akan Dia. Limpahkanlah selawat keatas junjungan kami Muhammad s.a.w. dan keluarganya, bukakanlah pintu kejayaan dan jalan keluar bagi kami dalam urusan kami ini, dan perkenankanlah hajat (permohonan) kami ini…

*** sebutkan hajat atau permintaan di sini ***

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan segala puji adalah kepunyaan Allah, Tuhan Penguasa sekelian alam. Aamiiin.

No comments:

Post a Comment