Sunday, November 8, 2009

Proses Tempahan Pakej Umrah

PROSES TEMPAHAN

LANGKAH 1 – PROSES MEMBUAT TEMPAHAN PENDAFTARAN SECARA ON-LINE
1. Pilih tarikh dan harga pakej yang bersesuaian dengan anda.
2. Setelah mengenal pasti jenis pakej dan tarikh yang anda kehendaki, anda boleh terus membuat pendaftaran dan seterusnya membuat bayaran untuk memastikan tempat anda (booking) untuk tarikh yang anda pilih. Bayaran deposit seawall mungkin akan menjamin tempat anda.
3. Pengesahan pendaftaran melalui email akan anda terima selepas membuat pendaftaran dan bayaran.

CARA MEMBUAT BAYARAN
1. Melalui kaunter Maybank
2. Melalui mesin deposit Maybank
3. Bayar terus kepada ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Maybank Akaun Nombor 564-481-102-597
4. Pendahuluan RM300 seorang.

Setelah anda membuat bayaran, sila tuliskan nama peserta dan tarikh pakej di atas slip deposit bank tersebut. Seterusnya, faxkan ata emailkan kepada faridah.mansoor@gmail.com

Untuk pengesahan penerimaan fax dan email, anada boleh hunbungi saya di talian 013 201 4511 atau email faridah.mansoor@gmail.com

LANGKAH 2 – PENYEDIAAN DOKUMEN
Setelah selesai proses di langkah 1, anda perlu lakukan saperti berikut.

Para jemaah perlu menyediakan:
1. Passport antarabangsa yang sah tempohnya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong.
2. 4 keping gambar berwarna berukuran 4cm X 6cm berlatar belakang putih dan saiz muka 80%. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
3. Kad suntikan ACYW135 atau surat pengesahan daripada doctor kerajaan atau swasta.

1. Salinan surat lahir sendiri
2. Salinan surat lahir dan salinan kad pengenalan adik beradik lelaki lebih 18 tahun atau
3. Salinan kad pengenalan bapa
o Dokumen tambahan bagi - Isteri pergi tanpa suami
1. Salinan kad pengenalan suami
2. Salinan surat nikah
o Dokumen tambahan bagi - Wanita bujang
o Dokumen tambahan bagi - Lelaki kurang dari 18 tahun
1. Salinan kad pengenalan bapa (iika bapa tidak ikut serta)
2. Salinan surat kelahiran sendiri atau
3. Salinan surat lahir dan salinan kad pengenalan adik beradik lelaki lebih 18 tahun
o Dokumen tambahan bagi -Ibu mengikuti anak lelaki
1. Salinan surat lahir anak lelaki yang diikuti.

NOTA:
1. Semua dokumen perlu diserah dalam masa 30 hari dari tarikh penerbangan.
2. Sekiranya jemaah gagal berbuat demikian, pihak Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggung jawab dalam kelewatan pemprosesan Visa.

BAKI BAYARAN

Kesuluruhan bayaran hendaklah dilunaskan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh berangkat. Sila rujuk Langkah 1 diatas untuk maklumat dan cara membuat bayaran. Sila simpan resit dan slip deposit yang asal untuk rujukan.

PENYERAHAN DOKUMEN
Para jemaah perlu menyerahkan dokumen dokumen yang tersebut di atas selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikj berangkat.

CARA-CARA MENGHANTAR DOKUMEN:
1. Jemaah boleh menghantar terus ke pejabat semasa hadir kursus.
2. Bagi jemaah yang tinggal di sekitar Lembah Klang, kami bersedia dating untuk mengambil dokumen di pejabat atau di rumah anda.
3. Penghantaran melalui perkhidmatan courier saperti POS LAJU, DHL, FEDDEX dan sebagainya ke alamt berikut:

ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
No. 9 Wisma Andalusia
Jalan Belangkas
Off Jalan Kampung pandan
Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur

MAKLUMAT KEBERANGKATAN JEMAAH
Pihak Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd akan menghantar surat dan menghubungi jemaah 2minggu sebelum tarikh keberangkatan.

PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi:
Puan Faridah Mansoor melalui SMS atau telefon 013 201 4511 atau email faridah.mansoor@gmail.com

Untuk Maklumat Am, sila rujuk Topic Maklumat Am di blog ini.

No comments:

Post a Comment