Doa khatam al-Quran ini juga boleh di baca setiap pagi sebelum solat Subuh.
Ya Allah, rahmatilah aku dengan al-Quran, jadikanlah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa yang aku lupa daripadanya, berikanlah ilmu apa yang belum aku ketahui mengenainya, anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang, jadikanlah ia sebagai hujjah bagiku wahai Tuhan seru sekelian alam.
Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku, perbaikilah bagiku duniaku kerana didalamnya aku hidup, perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku, jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku dari segala kejahatan.
Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidah membuka aib.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian, teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku, terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku, aku memohon ketinggian syurga.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-mu dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka. Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami dari kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.
Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami, berilah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami, jadikanlah ia sebagai peninggalan kami, jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami, tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami, janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami, janganlah Engkau beri kekuasan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.
Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah mengembirakannya, janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani. Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami dari seksaan api neraka, semoga Allah melimpahkan selawat dan salam junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. dan kepada keluarganya serta para sahabatnya yang baik. Amin.

No comments:
Post a Comment