Nama-Nama Makkah
Para ulama begitu mengambil berta terhadap nama-nama Makkah dan itulah yang sepatutnya berlaku. Hal ini kerana banyaknya nama bagi sesuatu perkara untuk menunjukkan akan kebesaran dan ketinggian kedudukannya.
Kata Imam al-Nawawi r.h.m.: “Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan, sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan nama Rasul-Nya SAW. Kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain daripada Makkah dan Madinah, kerana keuda-duanya merupakan sebaik-baik bumi, disebabkan kerana banyaknya sifat yang boleh dinamakan kepada kedua-duanya.”
Di sini disebutkan beberapa nama Makkah yang ada disebut dalam al-Quran:
1. MAKKAH (surah al-Fath, ayat 20)
Maksudnya: Dan Dia-lah yang menahan tangan mereka daripada (membinasakan) kamu dan (menahan) tangan kamu daripada (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah sesudah Allah menenangkan kamu atas mereka, dan adalah Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Fath: 24)
Makkah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Makkah kepada Tanah Haram Makkah seluruhnya, kerana Makkah mengurang atau menghapukan dosa orang yang dating kepadanya, atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Makkah, atau kerana Makkah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.
Dikatakan kerana Makkah menarik manusia dating kepadanya, juga kerana sedikit air yang terdapat padanya.
2. BAKKAH (surah Ali ‘Imran, ayat 96)
Maksudnya: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat Ibadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. (Surah Al ‘Imran: 96)
Bakkah ertinya memecah, mencarik, atau menunduk.
Dinamakan Bakkah kerana ramai manusia dating kepadanya dan menyebabkan orang bersesak-sesak padanya. Makkah juga menunduk atau menghancurkan orang yang zalim dan menghapukan mereka.
Ada empat pendapat mengenai nama Bakkah ini:
a. Nama kepada seluruh Tanah Haram, seperti nama Makkah.
b. Nama kepada tapak Kaabah.
c. Nama kepada Kaabah dan Masjidilharam
d. Nama tempat di antara dua bukit sekeliling Kaabah, wallahu a’lam.
3. UMMUL QURRA (surah al-An’am, ayat 92 dan surah al-Syura, ayat 7)
Maksudnya: Dan ini (al-Quran) adalah Kitab yang telah Kami turunkan yang diberkati; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelum dan agar kamu member peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Makkah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. (Surah al-An’am: 92)
Maksudnya: Demikianlah kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Makkah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingya. (Surah al-Syura: 7)
Penamaan Ummul Qura membawa erti ibu kampung atau kota kerana:
a. Bumi dibentangkan kejadiannya dari bawahnya. Makkah menjadi pusat bumi dan berada di tengah tengah dunia. Semua bumi yang kering berada di sekelilingnya. Semua sudut dapat menghadap dengan betul ke arahnya untuk solat.
b. Merupakan kiblat yang mesti dihadapkan ker arahnya.
c. Negeri yang paling lama.
d. Mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Islam.
4. Al-Balad (surah al-Balad, ayat 1-2)
Maksudnya: Aku benar-benar bersumpah dengan kota ini (Makkah). Dan kamu (Muhammad) bertempat di kota Makka ini. (Surah al-Balad: 1-2)
Al-Balad membawa erti negeri. Yang dimaksudkan dengan negeri ialah Makkah.
5. Al-Baldah (surah al-Naml, ayat 91)
Maksudnya: Aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Makkah) yang telah menjadikannya suci dan kepunyaa-Nya-lah segala sesuatu. (Surah al-Naml: 91)
6. Al-Baladul Amin (surah al-Tin, ayat 3)
Makdusnya: Dan demi kota (Makkah) ini yang aman. (Surah al-Tin: 3)
Ia member erti negeri yang aman. Hal ini kerana manusia dan haiwan yang berada di Makkah mendapat keamanan pada zaman jahiliah dan Islam.
7. Haraman Amina (surah al-Qasas, ayat 57)
Maksudnya: Dan mereka berkata: “Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, nescaya kami akan diusir dari negeri kami.” Dan apakah kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah Haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ketempat itu buah-buahan dari segala macam (tumuh-tumbuhan) untuk menjadi rezeki (bagimu) dari sisi Kami? (Surah al-Qasas: 57)
Maksudnya ialah Tanah Haram yang aman. Makkah sememangnya telah menjadi negeri yang aman semenjak dahulu kala. Manusia dilarang memasukinya kecuali dengan berihram. Orang yang berasa takut akan dating untuk berlindung di dalamnya. Bukan sahaj mausia, bahkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga turut mendapat keamanan.
8. Ma’ad (surah al-Qasas, ayat 85)
Maksudnya: Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hokum-hukum) al-Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. (Surah al-Qasas: 85)
Ertinya ialah tempat kembali. Ia merujuk kepada kisah kembalina Rasulullah SAW ke Makkah pada tahum ke-8 Hijrah setelah Baginda dihalau keluar oleh kaum Quraisy sebelum itu.
9. Al-Qaryah (surah al-Nahl, ayat 112)
Maksudnya: Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram. (Surah al-Nahl: 112)
Ertinya ialah negeri. Negeri yang dimakduskan ialah Makkah.
10. Al-Masjidilharam (surah al-Baqarah, ayat 127)
Maksudnya: Dan (ingatlah), keika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah alBaqarah: 127)
Lafaz “al-Masjidilharam” telah disebut dalam al-Quran pada 15 tempat (kali). Ia merujuk kepada beberapa tempat, iaitu:
a. Kaabah.
b. Masjidilharam dan kawasan sekitarnya.
c. Makkah seluruhnya
d. Seluruh tanah Haram. Wallahu a’lam.
Banyak lagi nama lain yang telah diberikan untuk Makkah. Syeikh Badruddin al-Zarkashi r.hm. menyebut sebanyak 30 nama.
Para ulama begitu mengambil berta terhadap nama-nama Makkah dan itulah yang sepatutnya berlaku. Hal ini kerana banyaknya nama bagi sesuatu perkara untuk menunjukkan akan kebesaran dan ketinggian kedudukannya.
Kata Imam al-Nawawi r.h.m.: “Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan, sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan nama Rasul-Nya SAW. Kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain daripada Makkah dan Madinah, kerana keuda-duanya merupakan sebaik-baik bumi, disebabkan kerana banyaknya sifat yang boleh dinamakan kepada kedua-duanya.”
Di sini disebutkan beberapa nama Makkah yang ada disebut dalam al-Quran:
1. MAKKAH (surah al-Fath, ayat 20)
Makkah ertinya membinasakan atau mengurangkan. Dinamakan Makkah kepada Tanah Haram Makkah seluruhnya, kerana Makkah mengurang atau menghapukan dosa orang yang dating kepadanya, atau membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Makkah, atau kerana Makkah menghapuskan pemerintah yang zalim dan menundukkan kesombongan mereka.
Dikatakan kerana Makkah menarik manusia dating kepadanya, juga kerana sedikit air yang terdapat padanya.
2. BAKKAH (surah Ali ‘Imran, ayat 96)
Bakkah ertinya memecah, mencarik, atau menunduk.
Dinamakan Bakkah kerana ramai manusia dating kepadanya dan menyebabkan orang bersesak-sesak padanya. Makkah juga menunduk atau menghancurkan orang yang zalim dan menghapukan mereka.
Ada empat pendapat mengenai nama Bakkah ini:
a. Nama kepada seluruh Tanah Haram, seperti nama Makkah.
b. Nama kepada tapak Kaabah.
c. Nama kepada Kaabah dan Masjidilharam
d. Nama tempat di antara dua bukit sekeliling Kaabah, wallahu a’lam.
3. UMMUL QURRA (surah al-An’am, ayat 92 dan surah al-Syura, ayat 7)
Penamaan Ummul Qura membawa erti ibu kampung atau kota kerana:
a. Bumi dibentangkan kejadiannya dari bawahnya. Makkah menjadi pusat bumi dan berada di tengah tengah dunia. Semua bumi yang kering berada di sekelilingnya. Semua sudut dapat menghadap dengan betul ke arahnya untuk solat.
b. Merupakan kiblat yang mesti dihadapkan ker arahnya.
c. Negeri yang paling lama.
d. Mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Islam.
4. Al-Balad (surah al-Balad, ayat 1-2)
Al-Balad membawa erti negeri. Yang dimaksudkan dengan negeri ialah Makkah.
5. Al-Baldah (surah al-Naml, ayat 91)
6. Al-Baladul Amin (surah al-Tin, ayat 3)
Ia member erti negeri yang aman. Hal ini kerana manusia dan haiwan yang berada di Makkah mendapat keamanan pada zaman jahiliah dan Islam.
7. Haraman Amina (surah al-Qasas, ayat 57)
Maksudnya ialah Tanah Haram yang aman. Makkah sememangnya telah menjadi negeri yang aman semenjak dahulu kala. Manusia dilarang memasukinya kecuali dengan berihram. Orang yang berasa takut akan dating untuk berlindung di dalamnya. Bukan sahaj mausia, bahkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga turut mendapat keamanan.
8. Ma’ad (surah al-Qasas, ayat 85)
Ertinya ialah tempat kembali. Ia merujuk kepada kisah kembalina Rasulullah SAW ke Makkah pada tahum ke-8 Hijrah setelah Baginda dihalau keluar oleh kaum Quraisy sebelum itu.
9. Al-Qaryah (surah al-Nahl, ayat 112)
Ertinya ialah negeri. Negeri yang dimakduskan ialah Makkah.
10. Al-Masjidilharam (surah al-Baqarah, ayat 127)
Lafaz “al-Masjidilharam” telah disebut dalam al-Quran pada 15 tempat (kali). Ia merujuk kepada beberapa tempat, iaitu:
a. Kaabah.
b. Masjidilharam dan kawasan sekitarnya.
c. Makkah seluruhnya
d. Seluruh tanah Haram. Wallahu a’lam.
Banyak lagi nama lain yang telah diberikan untuk Makkah. Syeikh Badruddin al-Zarkashi r.hm. menyebut sebanyak 30 nama.
No comments:
Post a Comment