Tuesday, December 15, 2009

Telaga Zamzam




Sejarah Telaga Zamzam

Sejarah telaga zamzam secara umumnya ialah sejarah penghijrahan Siti Hajar bersama anaknya Ismail a.s. ke Makkah. Ia juga merupakan salah satu episode dalam sejarah pendudukan Makkah.

Untuk menceritakan mengenai sejarah ini saya memilih riwayat yang dinyatakan oleh Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari r.hm., kerana sifatnya yang sahih dan ringkas. (Sahih al-Bukhari No. 3364).

Berkata Imam al-Bukhari: “Ibn Abbas a.s. meriwayatkan (daripada Rasulullah s.a.w.) bahawa wanita yang pertama memakai bengkung ialah Hajar iaitu ibu Nabi Ismail a.s. Beliau menggunakannya (dengan melabuhkan hujung kainnya) untuk menghapuskan jejaknya daripada diikuti oleh Sarah yang cemburu terhadapnya. Ibrahim a.s. telah membawa Hajar dan Ismail a.s. yang ketika itu masih menyusu, ke satu tempat berdekatan dengan Kaabah. Baginda meletakkan mereka di bawah pokok yang merupakan tempat telaga zamzam pada hari ini. Ia merupakan tempat yang paling tinggi di dalam kawasan masjid.

Makkah pada ketika itu tiada penghuni dan sumber air. Ibrahim menurunkan mereka di situ dan meletakkan di sisi mereka sebuah bekas daripada kulit yang mengandungi beberapa biji tamar dan sebuah bekas air. Kemudian baginda pun beredar. Hajar lalu mengikutinya sambil berkata: “Wahai Ibrahim! Ke mana kamu hendak pergi? Adakah kamu akan meninggalkan kami di lembah yang tidak berpenghuni dan tiada apa-apa (untuk dimakan)?” Beliau mengulanginya beberapa kali, tetapi Ibrahim tidak berpaling kepadanya.

Akhirnya Hajar berkata: “Adakah ini merupakan perintah Allah terhadap kamu?” Ibrahim menjawab: “Ya”. Hajar lalu berkata: “Jika begitu, Allah pasti tidak akan membiarkan kami.”

Beliau kembali semula ke tempat Ismail dan Ibrahim meneruskan perjalanannya.

Apabila baginda sampai di Thaniyyah di mana mereka tidak dapat melihatnya lagi, baginda berhenti dan menghadap kea rah Kaabah. Baginda mengangkat kedua-dua tangannya dan berdoa kepada Allah s.w.t. dengan doa berikut yang *bermaksud: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah meninggalkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah yang tidak mempunyai apa-apa tanaman (dan) berhampiran dengan rumah-Mu (tapak Baitullah) yang mulia. Wahai Tuhan kami, (dengan demikian) agar mereka mendirikan solat.

Maka jadikanlah hati-hati manusia cenderung kepada mereka dan rezekikanlah mereka dengan buah-buahan, semoga mereka bersyukur.”

Manakala Hajar pula terus menyusui Ismail dan meminum air daripada bekasnya. Apabila air tersebut telah habis, beliau merasa dahaga. Begitu juga anaknya Ismail. Apabila beliau melihat Ismail menangis kerana kepanasan dan dahaga, beliau bangun meninggalkannya kerana tidak sanggup melihat keadaan anaknya itu. Beliau mendapati Bukit Safa merupakan bukit yang terdekat dengannya di tempat itu lalu mendakinya dan melihat ke lembah sekitarnya dengan harapan agar ternampak sesiapa.

Namun hasrat beliau tidak kesampaian. Beliau kemudiannya turun dari bukit Safa dan terus berjalan-jalan. Apabila sampai di tengah-tengah lembah beliau menyinsing kainna dan berlari-lari anak kerana runsing dan bimban. (Kawasan itu sekarang ditandakan dengan dua lampu berwarna hijau).

Kemudian beliau berjalan kembali hingga sampai ke Bukit Marwah. Hajar mendaki dan melihat ke sekitarnya dengan harapan yang sama, tetapi tidak seorang manusia pun kelihatan berada di situ. Hajar mengulangi perbuatan ini (berulan-alik antara Safa dan Marwah) sebanyak tujuh kali.

Berkata Ibn Abbas: Rasulullah s.a.w. bersabda yang *bermaksud: “Rukun sa’I (berjalan) di antara Safa dan Marwah adalah berdasarkan peristiwa ini.”

Apabila tiba di Marwah pada kali terakhir, Hajar terdengar seakan-akan bunyi suara, lalu beliau mendiamkan diri dan memasang telinga dengan teliti. Beliau mendengar bunyi suatu suara yang berkata kepadanya: “Aku telah mendengar suara kamu. Adakah kamu mempunyai sesuatu untuk menolongku?”

Alangkah terkejutnya beliau apabila melihat malaikat di tempat telaga zamzam sedang menggali tanah dengan kakinya (atau sayapnya), sehinggalah air terpancar keluar dari tempat itu. Hajar mula membuat batas dengan tangannya di sekliling mata air tersebut dab mengisi bekas airnya dengan air yang mula mengalir keluar.

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Semoga Allah merahmati ibu Ismail. Jika beliau membiarkan air zamzam (mengalir tanpa cuba membatasinya atau tidak menceduknya untuk mengisi bekasnya), nescaya zamzam akan menjadi sungai yang mengalir ke sulurh muka bumi.”

Hajar lalu meminum air itu dan menyusukan anaknya. Malaikat tersebut berkata kepadanya: “Jangan kamu merasa bimbang bahawa kamu akan diabaikan kerana kawasan ini adalah tapak kepada rumah Allah yang akan dibina oleh anak ini dan bapanya dan Allah s.w.t. tidak akan melupakan hamba-Nya.”

Kaabah pada masa itu (terlindung) berada di suatu tempat yang tinggi dan menyerupai sebuah anak bukit. Apabila berlaku banjir, air hanya akan mengalir di sebelah kanan dan kirinya.

Hajar dan Ismail tinggal di situ beberapa lama sehingga kedatangan kaum Jurhum atau satu keluarga daripada kaum Jurhum dari arah Kada’. Mereka berhenti di satu kawasan yang lebih rendah dari Makkah dan melihat sekumpulan burung yang mempunyai tabiat terbang mengelilingi air sedang berterbangan.

Mereka berkata: “Burung tersebut pasti terbang meneglilingi air, tetapi setahu kami tiada air di lembah tersebut.”

Mereka pun menghantar seorang atau dua orang utusan unuk pergi menyiasat. Utusan tersebut telah mendapatai bahawa sumber air memang terdapat di situ, lalu kembali membawa khabar tersebut. Akhirnya, mereka semua dating ke tempat tersebut.

Ketika mereka tiba, ibu Ismail sedang duduk berhampiran mata air. Mereka bertanya: “Adakah kamu membenarkan kami tinggal di sini?” Beliau menjawab: “Ya, tetapi kamu tiada hak untuk memilki mata air ini.” Mereka pun bersetuju dengan syarat tersebut. Hajar merasa gembira dengan keadaan itu kerana beliau sukakan pergaulan dan kehadiran orang ramai.

Setelah mendapat keizinan untuk menetap di situ kaum Jurhum mengutusi kamun keluarga mereka yang lain untuk dating menetap di situ bersama-sama. Akhirnya, lama-kelamaan mereka menjadi penduduk tetap di situ.

Ismail membesar bersama-sama mereka dan mempelajari bahasa Arab daripada mereka. Ketinggian akhlak dan peribadinya tealh menjadikan mereka saying dan hormat kepadanya. Apabila Ismail dewasa mereka pun mengahwinkannya dengan salah seorang perempuan daripada kaum Jurhum.

Setelah Hajar meninggal dunia, Ibrahim telah dating selepas perkahwinan Ismail untuk menziarahi keluarga yang telah lama di tinggalkannya. Tetapi baginda hanya dapat menemui isteri Ismail dan bertanya tentang Ismail. Isteri Ismail menjawab: “ Dia keluar untuk mencari rezeki bagi kehidupan kami.” Ibarahim kemudian bertanya pula tentang keadaan hidup mereka. Isterinya memberitahu: “Kami hidup dalam kemiskinan, kami hidup dalam kesempitan dan kesusahan,” adunya lagi.

Ibrahim lalu berpesan: “Apabila suami kamu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahu kepadanya supaya menukar ambang pintu rumahnya.”

Apabila Ismail pulang, dia berasa sesuatu yang luar biasa lalu bertanya kepada isterinya: “Adakah sesiapa telah dating melawat kamu?” Isterinya menjawab: “Ya, seorang lelaki tua yang begini penampilannya (seolah-olah merendahkannya) telah dating dan bertanyakan kepadaku tentang keadan hidup kita dan aku telah memberitahunya bahawa kita hidup dalam kemiskinan dan kesusahan.” Ismail bertanya lagi, “Adakah dia berpesan apa-apa?”

Isterinya menjawab: “Ya, dia menyuruh aku menyampaikan salamnya kepadamu dan menyuruh kamu menukar ambang pintu rumahmu.”
Ismail lalu memberitahu: “Orang itu ialah bapaku dan dia telah mengarahkan agai menceraikan kamu. Kembalilah kepada keluargamu.” Lalu Ismail menceraikan dan berkahwain pula dengan seorang perempuan lain yang juga daripada kaum Jurhum.

Maka sekali lagi Ibrahim berjauhan daripada mereka dalam jangka masa (selama) yang di kehendaki Allah s.w.t. dan kemudian dating lagi menziarahi mereka. Tetapi kali ini juga baginda tidak dapat menemui Ismail. Lalu baginda dating menemui isteri Ismail dan bertanya tentang Ismail. Jawabnya: “Dia keluar untuk mencari rezeki untuk menyara kehidupan kami.”
Ibrahim bertanya pula tentang kehidupan mereka. Isterinya memberitahu: “Kami hidup dalam kesenangan dan kemewahan.”

Kemudain beliau bersyukur kepada Allah s.w.t. Lantas Ibrahim bertanya lagi: “Apa yang kamu makan?” Jawabnya: “Daging.” Tanya Ibrahim lagi: “Apa yang kamu minum?” Jawabnya” “Air.” Ibrahim lalu berdoa: “Ya Allah, berkatilah daging dan air mereka.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Pada masa itu mereka tidak mempunyai biji-bijian, jika mereka mempunyainya tentu Nabi Ibrahim akan berdoa supaya Allah memberkatinya juga.”

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Jika seseorang hanya mempunyai dua benda ini (daging dan air) sebagai makannya di tempat lain, kesihatan dan kehidupannya kan tergugat, kecuali jika dia hidup di Makkah.”

Ibrahim lalu berpesan kepada isteri Ismail: Apabila suami kamu pulang, sampaikan salamku kepadanya dan beritahy kepadanya agar mengekalkan ambang pintu rumahnya.” Apabila Ismail pulang, dia bertanya kepada isterinya: “Adakah sesiapa dating melawat kamu?”

Isterinya menjawab: “Ya, seorang lelaki tua yang sangat baik penampilannya telah dating.” Dia memujinya dan menambah: “Dia bertanya kepadaku tentang kamu dan aku memberitahunya.

Dia juga bertanya tentang keadaan hidup kita dan aku telah meberitahunya bahawa kita hidup dalam kesenangan.” Ismail bertanya lagi: “Adakah dia berpesan apa-apa?” Isterinya menjawab: “Ya, dia menyuruh aku menyampaikan salam kepadamu dan menyuruh kamu menjaga dan mengekalkan ambang pintu rumahmu. Ismail lau memberitahu: “Orang itu adalah bapaku dan ambang pintu itu ialah kamu. Dia telah menasihatkan agar aku kekal bersama kamu.”

Maka buat sekian kalinya Ibrahim berjauhan daripada mereka selama masa yang dikehendaki Allah s.w.t. dan kemudian datang lagi menziarahi mereka. Dia mendapati Ismail sedang mengasah anak panahnya di bawah sebatang pokok berdekatan telaga zamzam. Apabila Ismail melihatnya, dia terus bangun menyambutnya dan bertukar salam sebagaiman yang sepatutnya dilakukan antara anak dan bapanya, juga antara bapa dan anaknya.

Ibrahim lalu berkata: “Wahai Ismail! Allah telah menurunkan perintah-Nya terhadapku.” Kata Ismail: “Tunaikan apa yang telah diperintakan oleh Tuhanmu.” Ibrahim bertanya: “Adakah kamu akan menolongku?”

Ismail menjawab: “Aku akan menolongmu.”

Ibrahim berkata: “Allah telah memerintahkan agar aku membina sebuah rumah di sini.” Seraya menunjukkan kearah anak bukit yang agak tinggi daripada kawasan sekitarnya.

Mereka berdua mula membina tapak asas Kaabah. Ismail memunggah batu bata dan Ibrahim membawa batu ini (Maqam Ibrahim) untuk Ibrahim berdiri di atasnya dan meneruskan binaannya. Ismail terus menghulurkan batu bata kepada bapanya sambil kedua-dua mereka berdoa yang *bermaksud: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Selepas kewafatan Nabi Ismail a.s., kabilah Jurhum telah memerintah Tanah Haram dan sekali gus menguasai telaga zamzam. Mereka dapat minum air zamzam dengan sepuanya beberapa lama. Selepas itu mereka mula berubah, banyak melakukan maksiat dan kemungkaran di Tanah Haram. Mereka tidak lagi menghormati Baitullah, bahkan mereka mula memakan harta yang di hadiahkan kepada Kaabah. Setelah maksiat berleluasa dengan tidak terkawal lagi, air zamzam mulai kering (sebagai balasan terhadap kejahatan mereka). Kawasannya tertimbus dan hilang kesannya akibat daripada banjir yang melanda kawasan telaga zamzam.

Ada juga pendapat yang mengatakan telaga zamzam hilang kerana ditimbus oleh kaum Jurhum ketika mereka hendak keluar daripada Makkah setelah kalah kepada Bani Khuza’ah.

Zamzam terus hilang lenyap daripada penduduk Makkah untuk beberapa masa yang lama, tetapi dimunculkan kembali dengan takdir Allah s.w.t. semasa hamper dengan kelahiran

Rasulullah s.a.w. Allah telah mengilhamkan kepada Abdul Muttalib (datuk Nabi s.a.w.) melalui mimpi agar menggali semula telaga zamzam yang tertimbus beberpa lama dengan diberikan alamat atau tanda tempat telaga zamzam.

Abdul Muttalib pun menggalinya. Air zamzam kembali menjadi minuman untuk seluruh penghuni dunia hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Masa timbulnya zamzam ke atas muka bumi dari zaman Nabi Ibrahim dan Ismail a.s. hingga kepada zaman kita sekarang sudah hamper 5,000 tahun.
Menurut Ibn Sa’ad dalam al-Tabaqat, “Jarak masa antara Nabi Ibrahim a.s. dengan Nabi Musa a.s. ialah 10 abad (1,000 tahun). Jarak masa antara Nabi Musa a.s. dengan Nabi Isa a.s. pula ialah 1,900 tahun. Manakala jarak masa antara Nabi Isa a.s. dengan Nabi Muhammad s.a.w. 569 tahun.” Jumlah kesemuanya ialah 3,469 tahun.

Ditambah dengan 53 tahun umur Nabi s.a.w. sebelum Hijrah dan selepas hijrah hingga kepada zaman kita sekarang 1,424 tahun, jumlah kesemuanya ialah 4,946 tahun. Kemudian ditolak 99 tahun umur Nabi Ibrahim dengan kelahiran anaknya Nabi Ismail a.s. Dengan ini jumlah semua umur zamzam ialah 4,847 tahun. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment