Thursday, December 17, 2009

Mari Berwirid




Berwirid dan berzikir dapat memelihara jiwa manusia seterusnya mendekatkan diri kepada Allah. Gunakan waktu pada sebelah pagi atau sebelum tidur untuk berwirid, sesungguhnya ia akan mengundang sejuta kedamaian.

Wirid pertama: Ayat Kursi mempunyai peranan yang menakjubkan bagi hamba yang budiman.

Ibnu Qayyum mengatakan:
“Saya sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memanjangkan usiaku, sehingga saya dapat menulis beberapa jilid tentang tafsir dan mengekalkan rahsia perbendaharaan ayat ini.”

Wirid kedua: Beberapa ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah (Ayat 284-286).

Wirid ketiga: Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

Wirid keempat: Ayat yang bermaksud “Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang tidak ada sekutu-Nya, milik-Nya kerajaan dan milik-Nya segala pujian. Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Baca wirid ini 100 kali pada waktu pagi dan petang dan InsyaAllah mereka yang mengamalkan berhak memperoleh empat keutamaan daripada Allah iaitu:
- Janji yang tidak akan dikurangkan
- Janji yang tidak akan terabaikan
- Janji yang tidak akan ditolak
- Janji yang tidak akan terlupakan

Mereka juga akan mendapat 100 kebaikan dan diampunkan 100 kejahatan.

Wirid kelima: Membaca, memahami dan menghayati Al-Quran – bagaimana manusia boleh hidup tenteram tanpa bimbingan Al-Quran?

Wirid keenam: Qiyamullail – Rasa bahagia akan muncul daripada jiwa yang tenang dan lapang tatkala dapat melaksanakan sembahyang dua rakaat pada akhir malam meskipun hanya beberapa minit sebelum azan subuh berkumandang.

Wirid ketujuh: Ibadah sunat – Banyakkan ibadah sunat agar mendapat lebih keberkatan daripada Allah.

No comments:

Post a Comment