Thursday, December 10, 2009

Makkah Menerusi Sejarah







Kedudukan Makkah

Makkah terletak di bahagian barat Negara Arab Saudi, di bumi Hijaz, di lembah yang dikelilingi oleh bukit-bukau dari semua penjuru. Kawasan rendah di sekitar Makkah dinamakan al-Bat-haa, di bahagian timur Masjidilharam dinamakan al-Ma’lah, di bahagian barat dan selatan dinamakan al-Masfalah atau al-Misfalah. Rasulullah s.a.w. merupakan daripada kalangan penduduk di bahagian al-Ma’lah. Baginda lahir dan tinggal di kawasan tersebut sehinggalah berhijrah ke madinah, kemudian memasuki semula Makkah sewaktu pembukaan kota Makkah pada tahun ke-8 Hijah melaluinya.

Makkah mempunyai tiga pintu masuk, iaitu al-Ma’lah (dikenali juga dengan nama al-Hujun atau al-Hajun), al-Masfalah dan al-Syubaikah.
Makkah dianggap sebagai pusat bumi dan berada di tengah-tengahnya.

Penduduk Awal Makkah

Ahli sejarah menyebut bahawa Kaabah telah dibina semenjak zaman sebelum Nabi Adam a.s. Ahlai arkeologi juga menemui peninggalan yang menunjukkan Makkah sudah lama dihuni.
Sejarah Makkah melalui riwayat yang sahih dan tidak ada syak atau ragu-ragu lagi ialah bermula dengan kedatangan Nabi Ibrahim a.s. bersama isteri dan anaknya Ismail a.s. sebagaimana yang disebut dalam al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w.

Sebelum kedatangan Nabi Ibrahim a.s. membawa isteri dan anaknya, Makkah hanyalah menjadi tempat laluan kafilah-kafilah dagangan. Tempat ini gersang tanpa air dan tumbuh-tumbuhan yang subur.

Sewaktu kedatangan Nabi Ibrahim a.s. bersama isteri dan anaknya, bumi Makkah hanya ditumbuhi oleh pokok al-Salam dan al-Samur.

Kawasan sekitar Makkah dihuni oleh kabilah Amaliq. Setelah Hajar dan Ismail a.s. tinggal di Makkah, maka datanglah kabilah Jurhum tinggal bersama mereka.

Setelah Nabi Ismail a.s. wafat, Thabit (atau Nabit) mengambil alih pemerintahan Makkah, sehingga sampai kepada cucubya Mudhad bin ‘Amru al-Jurhumi.

Penduduk Makkah pada masa itu terbahagi kepada dua: Jurhum iaitu pengikut Mudhad, dan Qatura.

1) Mudhad dan Jurhum yang bersama dengannya menguasai kawasan atas Makkah (al-Ma’la), mereka berkampung di Bukit Qu’aiqi’an (bukit Jabal Hindi sekarang), iaitu bukit yang bertentangan dengan Bukit Abi Qubais atau Istana al-Safa. Setiap kabilah perdagangan yang melalui kawasan mereka untuk memasuki Makkah akan dikenakan cukai 10 peratus.

2) Qatura (sesetengah ahli sejarah menyebut ‘Amaliq) pula tinggal di sebelah bawah Makkah (al-Masfalah), Ajyad dan sekitarnya. Setiap pedagang yang melalui kawasan mereka untuk memasuki Makkah akan dikenakan cukai 10 peratus. Ketua kabilah ini bernama al-Sumaida’.
Mereka sentiasa berperang dengan kabilah Jurhum. Akhirnya, Mudhad mendapat kemenangan dan pemerintahan Makkah berada di bawah kekuasaannya.


Jurhum memerintah Makkah lebih daripada dua abad. Akhirnya, mereka mula melakukan maksiat, mencuri harta yang dihadiahkan kepada Kaabah. Asaf dan Nailah melakukan perzinaan di dalam Kaabah yang akhirnya bertukar menjadi batu, dan melakukan berbagai-bagai kezaliman lagi. Kesudahannya Allah s.w.t. mencabut kekuasaan daripada mereka.

Selepas itu dating pula kabilah Khuza’ah, anak cucu al-Qahthani dari Yaman yang lari daripada banjir al-Aram yang melanda mereka.

Mereka mengembara hingga sampai di Makkah dan bertemu dengan ketua Jurhum, seterusnya meminta izin untuk tinggal di Makkah. Tetapi Jurhum menolaknya bahkan membuat persiapan untuk berperang dengan mereka. Berlakulah peperangan selama tiga hari. Khuza’ah berjaya mengalahkan Jurhum dan mengambil alih pemerintahan Makkah.

Kabilah Khuza’ah terus menguasai Makkah di bawah kepimpinan ‘Amru bin Luhai al-Khuza’i. Kota Makkah kemudiannya menjadi bertambah maju. Beliau telah memberi makan kepada jemaah haji dan menyediakan berbagai kemudahan lain.

‘Amru juga merupakan orang pertama yang mengubah ajaran Nabi Ibrahim a.s. dengan membawa masuk berhala Hubal ke Makkah yang dibawa dari Syam dan meletakkannya di dalam Kaabah serta menyeru penduduk Makkah untuk menyembahnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang *bermaksud: “Aku melihat ‘Amru bin Luhai al-Khuza’I menarik usus perutnya di dalam neraka. Dialah orang yang pertama membebaskan haiwan untuk berhala.”

‘Amru bin Luhai dan anak cucunya memerintah Makkah selama 500 tahun sehinggalah sampai kepada pemerintah Khuza’ah terakhir Halil bin Habshah. Qusai bin Kilab berkahwin dengan anaknya dan selepas itu kekuasaan Makkah beralih kepada Qusai daripada keturunan Quraisy dan berakhirlah pemerintahan Khiza’ah.

Pemerintahan Makkah berada di tangan Quraisy turun temurun sehinggalah sampai kepada datuk Nabi s.a.w., Abdul Mutalib dan seterusnya.

No comments:

Post a Comment