Thursday, January 28, 2010

Perkara-perkara yang membatalkan Solat



1. Makan dan minum dengan sengaja.

Jika makan atau minum dengan tidak sengaja atau tidak sedar, maka tidak membatalkan solat.

2. Berkata-kata dengan sengaja.

Daripada Zaid bin al-Arqam r.a. katanya: “(Dahulu) kami sering berbicara ketika sedang solat. Salah seorang sahabat kami mengajak bicara teman yang berada di sampingnya ketika solat, hingga turunlah ayat: ‘Dab laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk.’ (Surah al-Baqarah 2: 238), maka kami diperintahkan untuk diam dan melarang kami berbicara (ketika sedang solat).” (Riwayat al-Jamaah)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya dalam solat itu ada kesibukan.” (Muttafaq ‘alaih)

Menurut ulama Syafi’iyyah, ukuran perkataan yang membatalkan solat ialah enam perkataan yang dapat difahami.

3. Berhadas sebelum salam yang pertama.

4. Badan atau pakaian terkena najis.

5. Berdehem, mengeluh, bergurau atau ketawa.

Jika mengandungi dua huruf atau lebih tanpa uzur dan boleh didengari, kecuali jika semua itu terjadi kerana takut kepada Allah atau kerana rasa sakit dan dia tidak mampu menahan untuk tidak mengucapkannya.

6. Banyak bergerak yang bukan gerakan solat.

Tetapi sekiranya gerakan tersebut sedikit, maka tidak batal solat. Ukuran banyaknya gerakan adalah tiga kali berturut-turut oleh satu anggota dalam satu rukun solat.

7. Sengaja meninggalkan rukun atau syarat sah solat dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibolehkan oleh syarak seperti sengaja tidak menghadap kiblat atau berubah niat.

8. Terbuka atau membuka aurat dengan sengaja walaupun sedikit. Sekiranya tidak sengaja, tidak batal solat andai dapat ditutupi semula dengan segera.

9. Makmum yang sengaja mendahului imam.

Makmum yang sengaja mendahului imam satu rukun solat. Jika tidak sengaja, maka hendaklah makmum tersebut kembali mengikut imam dan solatnya tidak batal.

10. Sengaja memberi salam sebelum solatnya sempurna.

No comments:

Post a Comment