Tuesday, October 20, 2009

Maklumat Am - Permohonan Visa Umrah dan Ziarah

Salam semua,

Disini saya maklumkan syarat syarat dan dokumen yang di perlukan untuk pemprosesan Visa Umrah. Sila hubungi saya di 013 201 4511 atau email to faridah.mansoor@gmail.comuntuk keterangan lebih lanjut. Terima kasih dan Wassalam.

SYARAT – SYARAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH

1. Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong.
2. 4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
3. Kad suntikan ACYW135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.

BAGI JEMAAH WANITA :
A) BERSAMA MAHRAM
4. Salinan surat nikah bagi wanita yang sudah berkahwin.
5. Bagi wanita yang bermahramkan bapanya - Salinan surat beranak.
6. Bagi wanita yang bermahramkan adik – beradik lelaki - Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan surat beranak kedua-dua).
7. Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – Salinan surat beranak anak lelaki tersebut.

B) TANPA MAHRAM
8. Bagi wanita yang pergi tanpa suami (kebenaran suami)- Salinan kad pengenalan suami dan salinan surat nikah. (Tumpang mahram atau ‘Women group’ untuk usia 45 ke atas).
9. Bagi wanita yang tumpang mahram (kebenaran adik beradik lelaki sahaja)- Salinan kad pengenalan adik – beradik lelaki berserta salinan surat beranak kedua-dua.
10. Bagi wanita yang tumpang mahram (kebenaran anak lelaki sahaja)-Salinan kad pengenalan anak lelaki dan salinan surat beranak anak lelaki tersebut

BAGI KANAK-KANAK :
11. Bagi kanak-kanak perempuan yang bermahramkan bapanya – Salinan surat beranak.
12. Bagi kanak-kanak lelaki 18 tahun ke bawah bermahramkan bapanya – Salinan surat beranak.
13. Bagi kanak-kanak (anak angkat) boleh bermahramkan bapa angkat – Salinan surat pengambilan anak angkat.

BAGI WARGANEGARA ASING :
14. Salinan permit kerja / visa pelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan atau salinan kad pengenalan.
15. Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen di atas tidak dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami isteri dengan warganegara.
a. Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh tiap – tiap majikan.\
b. Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada majikan tempat mereka bekerja
16. Deposit RM 300 setiap seorang dan baki pembayaran perlu diserahkan sebulan sebelum tarikh penerbangan.

NOTA :: SEMUA DOKUMEN PERLU DISERAH DALAM MASA 30 HARI DARI TARIKH PENERBANGAN.
2) SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PIHAK ANDALUSIA TIDAK AKAN
BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELEWATAN PEMPROSESAN VISA.

No comments:

Post a Comment