Saturday, October 17, 2009

Doa Doa Ringkas

“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan. Wahai Tuhan ku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.”

"Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau. Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya upaya yang ada padaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan aku juga mengaku dengan dosaku. Oleh itu ampunkan daku kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau."

"Ya Allah, bagilah kami kebaikkan didunia dan diakhirat. Jadikanlah kami golongan orang orang yang sejahtera."

No comments:

Post a Comment