اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي ،
وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي ، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي .
Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku , kejahatan penglihatanku , kejahatan lidahku , kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku .
Keterangan & Petua Beramal
Menurut al-Imam Syaraf al-Haq Muhd Asyraf Al-Siddiqi Al-Azim Abadi, Nabi s.a.w mengajar kita agar memohon perlindungan Allah dari kejahatan-kejahatan yang disenaraikan dalam versi ini iaitu : mendengar perkara-perkara yang dibenci Allah, melihat perkara-perkara yang dibenci olehNya, berkata tentang perkara yang sia-sia yang menjurus kepada dosa dan melakukan zina ataupun perkara-perkara yang menjuruskan daku kepadanya.
Menurut Ibnul Qayyim , antara langakah menghindarkan diri dari mengikuti syahwat ialah dengan mendalami ilmu dan mengamalkannya.Perlaksanaannya boleh dilakukan menerusi langkah-langkah di bawah :
a. Melihat faktor-faktor yang membangkitkan syahwatnya.Apabila sudah mengenalpastinya maka hendaklah dilakukan prkara-perkara yang dapat membendungnya.
b. Hendaklah dia menundukkan pandangan dari melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat itu.
c. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan baginya untuk mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat
d. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu di dunia lagi.
BANNER SUMBER DAN KEPENTINGAN NUTRIEN/ VITAMIN
-
SAIZ : 12" X 24"
HARGA SET : RM50.00
(POS FREE)
5 years ago
No comments:
Post a Comment