30 Tip & Manual Pelaksanaan - 6 BULAN SEBELUM UMRAH
1. Bulatkan tekad dan tetapkan hasrat anda untuk menjadi TETAMU ALLAH di tanah suci makkah dan madinah bagi menyempurnakan tuntutan mengerjakan Umrah itu.
2. Tepis dan tolak perasaan berbelah bahagi, ragu-ragu serta was-was yang lazimnya dibisikkan oleh iblis dan syaitan yang tidak akan sekali-kali redha dengan hasrat dan tujuan murni kita mengerjakan ibadah suci itu.
3. Mantapkan minda anda tentang ibadah Umrah tersebut dengan membeli dan membaca buku-buku yang mengutarakan segala falsafah, fadilat, hikmah, keutamaan, cabaran, rintangan serta kelebihan ibadah Umrah itu yang banyak terdapat di pasaran dan dititipkan oleh penulis serta penyusun yang banyak pengetahuan serta luas pengalaman dalam bidang ini.
4. Semai dan pupuk rasa kecintaan dan kerinduan anda kepada Makkah dan Madinah yang menjadi nucleus kepada peribadahan Umrah berkenaan.
5. Dalami lagi pengetahuan anda terhadap kedua-dua tanah suci berkenaan dengan membeli serta membaca buku-buku atau melayari laman-laman web yang berkaitan dengan sejarah serta kelebihan dan keistimewaan kedua-dua tanan suci berkenaan di sisi Allah SWT.
6. Semai dan pupuk juga minda dan pengetahuan anda tentang kelebihan dan keutamaan Masjidil Haram yang penuh barakah di sisi Allah di mana setiap solat yang di dirikan di dalamnya akan digandai Allh dengan 100,000 solat.
7. Pupuk dan semai juga kerangka minda anda tentang keunikan dan keistimewaan Masjid Nabawi iaitu masjid yang didirikan dalamny akan digandai Allah sebanyak 1,000 malah ada hadith yang meriwayatkan sebanyak 50,000 olat.
8. Semai cita-cita dan hasrat untuk mengunjungi dan menziarahi makam baginda Rasullah SAW di mana jenazah baginda yang mulia serta jenazah dua orang sahabat utama baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Ibni Al-Khattab turut disemadikan di bawah kubah hijau Masjid Nabawi berkenaan.
9. Kenali sejarah kelebihan serta keutamaan Ar-Raudhah, perkuburan Al-Baqi’, Masjid Quba’ Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Makam Syuhada’ yang mempunyai sejarah serta kelebihan yang tersendiri serta amat mulia dan besar kedudukan di sisi Allah SWT itu.
10. Kenali dengan lebih dekat lagi Baitullah atau Kaabah yang menjadi kiblat seluruh umat islam di dunia dan merupakan rumah Allah yang amat mulia dan agung serta penuh dengan hikmah dan kelebihan itu dengan membaca segala maklumat yang berkaitan dengannya menerusi bahan-bahan bacaan atau VCD, DVD yang banyak terdapat di pasaran.
11. Kenali juga dengan lebih dekat mercu-mercu tanda yang terdapat dalam Masjidil Haram saperti Hajar Aswad, Maqam Ibrahaim, Hijir Ismail, Mitzab Kaabah dan Multazam yang penuh dengan kemuliaan serta menjadi wadah yang amat mustajab dan berkesan untuk memanjatkan doa dan permintaan dan pengharapan ke hadrat Allah SWT.
12. Ketahui juga sejarah Padang Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Tsur, Jabal Nur, Mudzalifah dan Mina yang meninta beraneka kelebihan serta berkait rapat dengan syariat Haji dan kronologi sirah dan sejarah Islam di muka bumi ini.
13. Pupuk kecintaan serta keghairahan anda terhadap kesemua tempat-tempat suci berkenaan dengan membaca buku-buku yang berkaitan dengannya atau menonton VCD, DVD yang memaparkan gambaran serta visual tempat-tempat berkenaan yang banyak terdapat di pasaran.
14. Abadikan gambar-gambar dan poster-poster yang memaparkan visual Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Makam Nabi, Raudhah, Baitullah dan seumpamanya itu di ruang tamu atau di dalam bilik-bilik rumah kediaman anda. Bahan-bahan ini banyak terdapat di pasaran dengan pelbagai bentuk dan kreativiti yang menarik serta mempesonakan.
15. Renung dan hayati gambar-gambar tersebut dengan sepenuh rasa kecintaan dan kerinduan serta pasang niat dan cita-cita untuk berada dalam pelukan dan dakapannya seberapa segera yang termampu.
16. Tangguhkan buat sementara waktu atau kalau boleh tinggalkan langsung amalan membaca buku-buku atau menonton VCD, DVD yang mengutamakan berita-berita hiburan, sensasi, tahyul, fitnah serta ghairah melampau yang tidak mendatangkan banyak faedah dan boleh merosakkan minda dan pemikiran serta mendatangkan dosa kering yang tidak sepatutnya itu.
17. Isi masa-masa lapang dan terluang anda dengan mendalami pengetahuan tentang keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT menerusi pembacaan Al-Quran, Mustika Hadith serta menghadiri kuliah-kuliah agama di masjid-mashid dan di surau-surau di daerah kediamaan masing-masing.
18. Pupuk dan bina sikap atau sifat-sifat jiwa yang Muraqabah iaitu suatu sikap atau sifat yang memiliki kesedaran diri bahaw anda selalu berhadapan dengan Allah dengan keadaan diri dan segala perbuatan anda itu sentiasa di dalam pengawasan, pemantauan, penyeliaan dan pemerhatian-Nya baik dalam setiap tindak tanduk mau pun dalam pekerjaan seharian anda.
19. Pupuk dan bina juga dalam diri serta peribadi anda sifat dan sikap jiwa Al-Khauf yakni sikap jiwa yang sentiasa merasa takut kepada Allah kerana kurang sempurna pengabdian diri terhadap-Nya dengan melatih diri bangun di dini hari yang sunyi sepi dan melakukan solat tahajjud, tasbih, taubat, hajat dan witir yang khusyuk dan tawaduk.
20. Mantapkan ibadah ritual seharian anda saperti solat fardu, solat-solat sunat rawatib, puasa, zakat dan seumpamanya itu sehingga terbibit dan terbina sifat Ar-Raja’ iaitu sifat atau sikap jiwa yang sentiasa diulit pengharapan untuk mendapat rahmat, kasih saying serta pengampunan Allah SWT.
21. Tingkatkan amalan seharian dengan sifat-sifat mahmudah sapert sabar, ikhlas, jujur, merendah diri, bertolak ansur, tolong-menolong, berkasih saying dan seumpamanya sehingga terbibit sikap jiwa yang As-Syauq iaitu sifat atau sikap jiwa yang sentiasa rindu untuk bertemu dengan Allah.
22. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengenepi serta melunakkan segala sifat mazmumah yang tercela saperti marah, dengki, kianat, celupar, sombong, takbur dan seumpamanya itu hingga lahir sifat jiwa yang Al-Uns iaitu sifat atau sikap jiwa yang sentiasa ditujukan semata-mata kepada Allah.
23. Berusaha untuk mewujudkan sifat At-Toma’ninah iaitu sifat atau sikap jiawa yang sentiasa berasa tenang dan tenteram tanpa sebarang rasa was-was atau ragu terhadap qada’ dan qadar Allah dengan mengagumi segala zat dan kekuasaan Allah yang terpancar dalam kehidupan seharian saperti kejadian langit dan bumi, malam dan siang, bulan, bintang dan matahari serta petir, kilat, rebut, taufan, banjir, ombak raksaksa dan sebagainya.
24. Buat perancangan rapid an berkala terutama dalam aspek kewangan dan perbelanjaan agar terkumpul bajet yang mencukupi bagi merealisasikan hasrat murni untuk melaksanakan ibadah Umrah berkenaan.
25. Elakkan daripada berbelanja atau membelanjakan wang untuk perkara-perkara yang tidak perlu saperti bertukar kereta, selalu makan di kedai atau di warong-warong, bersiar-siar di pusat pusat rekreasi yang tidak banyak mendatangkan faedah atau keuntungan itu serta boleh menjejaskan bajet dan kedudukan kewangan anda.
26. Memahami sedikit sebanyak garis kasar tentang latar belakang ibadah Umrah itu sendiri yang bermaksud mengunjungi Naitullahil Haram bagi mengerjakan tawaf, saie, tahallul dan sebagainya.
27. Fahami juga perbezaan dan perkaitan Umrah dengan ibadah Haji menerusi perbualan dan perbincangan dengan rakan-rakan dan saudara mara yang telah mempunyai pengalaman haji dan Umrah.
28. Dapatkan gambaran asas tentang ibadah Umrah tersebut saperti komposisi atau kandungannya, rukun-rukun, wajib serta sunat-sunatnya juga falsafah, hikmah, fadilat serta cabaran-cabarannya daripada rakan-rakan atau menerusi pembacaan dan penontonan VCD, DVD yang berkaitan dengan ibadah berkenaan.
29. Dekatkan diri anda kepada Allah dengan mensyukuri segala rezeki dan nikmat kehidupan yang telah dianugerahkan-Nya kepada anda. Banyakkan bersedekah serta mengeluarkan zakat harta serta zakat pendapatan bagi menyucikan harta-harta berkenaan dan mencapai matlamat berkenaan.
30. Hapukan perasaan ghairah dan cintakan dunia dalam diri anda itu dengan melawat saudara mara serta sahabat handai yang terlantar sakit di hospital dan syukuri diri betapa beruntungnya anda kerana ditakdirkan sihat dan terhindar daripada sakit yang menyeksakan itu.
Insafi hakikat bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja manakala kematian itu adalah sesuatu yang pasti dan tidak mampu dielakkan. Sehubungan itu, sentiasa ziarahi saudara mara dan sahabat handai yang meninggal dunia dan ambil iktibar serta peringatan tentang fenomena tersebut.
“Dan Allah mewaijibkan manusia mengerjakan ibadah Haji (umrah) dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadah Haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.” (Ali-‘Imran:97)
BANNER KEPENTINGAN VITAMIN DAN MINERAL
-
SAIZ : 12" X 24"
HARGA SET : RM 80.00
(POS FREE )
5 years ago
No comments:
Post a Comment