Maklumat mengenai Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardhu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.
BAGAIMANA MENGGUNAKAN BUKU INI
- Menjadi rujukan institusi pendidikan, sekolah, pusat sumber, masjid, surau, kumpulan, pengajian, persatuan dan NGO.
- Modul fardu ain untuk seisi keluarga.
- Dibaca lepas solat Subuh, Magrib atau sebelum tidur.
- Bahan fardu ain mingguan, tazkirah, usrah dan halaqah.
- Bahan untuk mengisi laman web dab blogspot.
- Hadiahkan buku ini untuk sambutan hari lahir dan hari perkahwinan.
- Jadikan hadiah atas kejayaan dalam peperiksaan atau kenaikan pangkat.
- Beri hadiah pada bos, kakitangan, suami, isteri, anak, ibu bapa, guru dan murid.
No comments:
Post a Comment