Doa Selepas Sembahyang Taubat
Selepas salam, bacalah:
Astarghfirrullahala’zim X3
Subhanallah X3
Laillahaillallah X10
Al-Fatihah X1
Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang lain melainkan Engkau, Engkaulah Tuhan yang menciptaku. Akulah hambaMu dan aku akan mengotakan segala ikrar dan janjiku denganMu sedaya upaya yang ada padaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku mengaku kepadaMu terhadap nikmat-nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan aku juga mengaku dengan dosaku. Oleh itu ampunkan daku kerana sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau.
Aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Besar, aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Besar, aku meminta ampun kepada Allah Yang Maha Besar. Tidak disembah yang lain, hanya Tuhan Yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.
Aku bertaubat atas segala dosa yang aku lakukan dengan sembunyi atau terang, dan dosa kecil mahu pun dosa besar kerana Engkau Maha Pengampun. Engkaulah yang membuka pintu hati, Engkau yang menutup keaiban, Engkau juga melenyapkan segala kedukaan.
Aku bertaubat dari segala dosa yang aku ketahui dan tidak ketahui. Hanya Engkaulah, ya Allah Yang Maha Mengetahui semua yang tersembunyi. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar.
Ya Allah, sesungguhnya aku menyesali atas perbuatan maksiat yang aku lakukan. Berilah aku petunjuk agar aku menerima kebenaran dalam hal ini. Aku berlepas diri dari semua agama lain selain dari agama Islam.
Ya Allah, jika sekiranya pernah aku syirik dan syak dalam keimananku dan pengesaanku terhadapMu, maka aku bertaubat dan ampunilah kesalahanku.
Akhirnya aku mengucap dan mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
No comments:
Post a Comment