Monday, November 9, 2009

Doa Mulakan Tugas

Doa Mulakan Tugas

Ya Allah! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.

Sesungguhnya Ya Allah! jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.

Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan
usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!

Ya Allah Ya Robbul Alamin!
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan
kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat-sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa.

Ya Allah! Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.

Ameen.

Sunday, November 8, 2009

Maklumat Am - Harga Pakej Umrah

Salam Semua,

Terima kasih atas sokongan anda. Di sertakan maklumat mengenai harga pakej Umrah yang termasuk saperti berikut:

MAKLUMAT AM

1. Tiket penerbangan dan cukai lapangan terbang.
2. Penginapan di Tanah Suci (Madinah/Mekah) - sila rujuk peta / map di blog ini.
3. Makanan serta minuman.
4. Kenderaan (berhawa dingin) semasa di Tanah Suci
5. Lawatan dan ziarah tempat bersejarah dan menarik di Makkah dan Madinah.
6. Khidmat mutawif / wakil di Tanah Suci.
7. Kursus dan bimbingan sebelum berlepas / semasa di Tanah Suci.
8. Khidmat muassasah dan visa umrah.

PELAN (PERLINDUNGAN) TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK (UMRAH)
a. Kematian kemalangan (AD) - RM10,000
b. Kematian biasa (D) - RM10,000
c. Keilatan kekal seluruh tubuh badan (PTD) - RM10,000
d. Perbelanjaan pengkebumian (FE) - RM3,000
e. Manfaat wad hospital akibat sakit / kemalangan (HB) (*bagi jemaaah yang berumur 75 tahun ke bawah) - RM50 sehari

CENDERAMATA DARI PIHAK TRAVEL AGENSI
1. Bag sandang besar
2. Buku panduan umrah
3. Hamper kecil makanan / minuman
4. Bag sandang kecil
5. Bekalan ubat asas
6. Bag kain sembahyang
7. Air zam zam 10 liter

CENDERAMATA ISTIMEWA DARI SAYA

Buku himpunan doa doa '40 Rabbana' untuk setiap seorang yang menempah melalui saya.

Sekian, terima kasih dan Wassalam.

Proses Tempahan Pakej Umrah

PROSES TEMPAHAN

LANGKAH 1 – PROSES MEMBUAT TEMPAHAN PENDAFTARAN SECARA ON-LINE
1. Pilih tarikh dan harga pakej yang bersesuaian dengan anda.
2. Setelah mengenal pasti jenis pakej dan tarikh yang anda kehendaki, anda boleh terus membuat pendaftaran dan seterusnya membuat bayaran untuk memastikan tempat anda (booking) untuk tarikh yang anda pilih. Bayaran deposit seawall mungkin akan menjamin tempat anda.
3. Pengesahan pendaftaran melalui email akan anda terima selepas membuat pendaftaran dan bayaran.

CARA MEMBUAT BAYARAN
1. Melalui kaunter Maybank
2. Melalui mesin deposit Maybank
3. Bayar terus kepada ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Maybank Akaun Nombor 564-481-102-597
4. Pendahuluan RM300 seorang.

Setelah anda membuat bayaran, sila tuliskan nama peserta dan tarikh pakej di atas slip deposit bank tersebut. Seterusnya, faxkan ata emailkan kepada faridah.mansoor@gmail.com

Untuk pengesahan penerimaan fax dan email, anada boleh hunbungi saya di talian 013 201 4511 atau email faridah.mansoor@gmail.com

LANGKAH 2 – PENYEDIAAN DOKUMEN
Setelah selesai proses di langkah 1, anda perlu lakukan saperti berikut.

Para jemaah perlu menyediakan:
1. Passport antarabangsa yang sah tempohnya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong.
2. 4 keping gambar berwarna berukuran 4cm X 6cm berlatar belakang putih dan saiz muka 80%. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
3. Kad suntikan ACYW135 atau surat pengesahan daripada doctor kerajaan atau swasta.

1. Salinan surat lahir sendiri
2. Salinan surat lahir dan salinan kad pengenalan adik beradik lelaki lebih 18 tahun atau
3. Salinan kad pengenalan bapa
o Dokumen tambahan bagi - Isteri pergi tanpa suami
1. Salinan kad pengenalan suami
2. Salinan surat nikah
o Dokumen tambahan bagi - Wanita bujang
o Dokumen tambahan bagi - Lelaki kurang dari 18 tahun
1. Salinan kad pengenalan bapa (iika bapa tidak ikut serta)
2. Salinan surat kelahiran sendiri atau
3. Salinan surat lahir dan salinan kad pengenalan adik beradik lelaki lebih 18 tahun
o Dokumen tambahan bagi -Ibu mengikuti anak lelaki
1. Salinan surat lahir anak lelaki yang diikuti.

NOTA:
1. Semua dokumen perlu diserah dalam masa 30 hari dari tarikh penerbangan.
2. Sekiranya jemaah gagal berbuat demikian, pihak Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd tidak akan bertanggung jawab dalam kelewatan pemprosesan Visa.

BAKI BAYARAN

Kesuluruhan bayaran hendaklah dilunaskan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh berangkat. Sila rujuk Langkah 1 diatas untuk maklumat dan cara membuat bayaran. Sila simpan resit dan slip deposit yang asal untuk rujukan.

PENYERAHAN DOKUMEN
Para jemaah perlu menyerahkan dokumen dokumen yang tersebut di atas selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikj berangkat.

CARA-CARA MENGHANTAR DOKUMEN:
1. Jemaah boleh menghantar terus ke pejabat semasa hadir kursus.
2. Bagi jemaah yang tinggal di sekitar Lembah Klang, kami bersedia dating untuk mengambil dokumen di pejabat atau di rumah anda.
3. Penghantaran melalui perkhidmatan courier saperti POS LAJU, DHL, FEDDEX dan sebagainya ke alamt berikut:

ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
No. 9 Wisma Andalusia
Jalan Belangkas
Off Jalan Kampung pandan
Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur

MAKLUMAT KEBERANGKATAN JEMAAH
Pihak Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd akan menghantar surat dan menghubungi jemaah 2minggu sebelum tarikh keberangkatan.

PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi:
Puan Faridah Mansoor melalui SMS atau telefon 013 201 4511 atau email faridah.mansoor@gmail.com

Untuk Maklumat Am, sila rujuk Topic Maklumat Am di blog ini.

Map : Madinah - Al Fayroz Hotel / Gawharat Al Fayroz Hotel

Salam Semua,

Disertakan map Al Fayroz Hotel dan Gawharat Al Fayroz Hotel di Madinah, tempat peninapan jemaah (at either one of the hotels) mengikut pakej / tarikh yang ditempah.

Thanks and Wassalam.

Map :: Makkah - Abeer Garden / Royal Sultan Hotel


Salam Semua,
Disertakan map lokasi Abeer Garden Hotel and Royal Sultan Hotel di Makkah. Semua jemaah akan di tempatkan di sini (either one of the hotels mentioned) mengikut pakej / tarikh yang di tempah.
Thanks and Wassalam.

Aturcara 12 hari / 10 malam - Pakej Umrah Biasa

Salam semua,

Berikut adalah aturcara am untuk Umrah Biasa 12 hari. Semua jemaah akan melalui aturcara yang hampir serupa dan tidak jauh bezanya kecuali tempat mendarat either di Jeddah atau di Madinah,jumlah hari dan juga masa yang bersesuaian dengan pakej yang di tempah.

HARI 01 :: KUALA LUMPUR - MADINAH
Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Pasport, tiket dan boarding pass akan diserah kepada jemaah untuk bertolak ke Madinah. Setibanya di Jeddah/Madinah, jemaah akan disambut oleh mutawwif dan pegawai umrah Madinah/Makkah untuk dibawa menaiki bas ke hotel yang ditetapkan.

HARI 02 :: MADINAH (ZIARAH DALAM)
Selepas sarapan, jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi Makam Rasulullah dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah, jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Kelebihan bersolat di Masjid Nabawi ; sabda Rasulullah s.a.w :

“Pahala sembahyang di Masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di Masjidil Haram”

HARI 03 :: MADINAH (ZIARAH LUAR)
Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul dilobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan bazaar kurma. Selepas itu jemaah bebas beribadat.

ZIARAH PILIHAN DI MADINAH

A. Penemuan baru - Bayaran tambahan SR20, Masjid Tikar, Gua Uhud dan Lapangan Magnet.

HARI 04 :: MADINAH - MAKKAH
Jam 3.30 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjid Nabawi. Kemudian jemaah diminta membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah (menaiki bas), jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan berpakaian ihram terlebih dahulu (tanpa niat ihram). Jemaah akan singgah di Bir Ali untuk bermiqat (berniat ihram umrah) yang dibantu oleh mutawwif. Setibanya di Makkah jemaah akan mendaftar di tempat penginapan. Kemudian jemaah akan dibawa oleh mutawwif untuk menyempurnakan ibadat umrah iaitu tawaf Baitullah, sa’i dan tahlul. Selesai umrah, jemaah bebas untuk beribadah di dalam Masjidil Haram.

HARI 05 :: MAKKAH
Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Selepas sarapan jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk melawat sekitar Masjidil Haram seperti Bukit Abi Kubis, tapak rumah Abu Bakar, tapak rumah Saidina Omar, tapak rumah Siti Khatijah ( Isteri Nabi ), Tapak rumah Abu Lahab, Rumah kelahiran Nabi Muhammad, Masjid Jin ( tempat Nabi Muhammad berdakwah pada golongan Jin), Masjid Syajarah (pokok yang datang bertemu Nabi ), Perkuburan Ma’ala (tempat Siti Khatijah dikebumikan) dan Pasar zink untuk melihat kawasan membeli belah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

Ceramah agama diadakan sama ada selepas Asar atau selepas Isya’ di dewan makan hotel.

HARI 06 :: MAKKAH
Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Makkah seperti Jabal Thur, Arafah, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Muzdalifah dan Mina (tempat melontar seperti Jamratul Aqabah, Ula dan Wusta). Jemaah akan dibawa ke Ja’ranah untuk bermiqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

HARI 07 :: MAKKAH
Jam 4.00 pagi jemaah dinasihatkan bangun untuk sembahyang subuh di Masjidil Haram. Jam 7.00 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, jemaah akan dibawa ke Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah) dan seterusnya kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan ibadat umrah dan seterusnya jemaah bebas untuk beribadat di Masjidil Haram dan ziarah di kawasan sekitar yang berhampiran.

HARI 08 - 10 : MAKKAH
Jemaah bebas mengisi masa lapang dengan perbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Pada Ka’abah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk Tawaf, 40 untuk Solat Sunat dan 20 untuk melihat Ka’abah.”

ZIARAH PILIHAN JEMAAH
A. Jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah untuk melawat ladang unta dan tempat bersejarah di sekitar Hudaibiyah (Syumaisi) termasuk perigi Saidina Othman dan seterusnya bermiqat (berniat ihram umrah) kemudian kembali ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan rukun umrah. Sekiranya mendapat keizinan daripada pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi jemaah akan dibawa melawat ke muzium 2 Masjid (Masjid Nabawi & Masjidil Haram) dan Kiswah (kilang kelambu ka’abah) sebelum balik ke Masjidil Haram. Insya’Allah….

(Perhatian: Lawatan ini tidak termasuk di dalam harga pakej, sekiranya ingin pergi jemaah boleh berunding dengan ketua rombongan sebelum hari yang keenam dengan perbelanjaan tambahan SR30 seorang)

B. Sekiranya ada permintaan jemaah akan dibawa mendaki Jabal Nur melihat Gua Hera’ tempat Nabi menerima wahyu yang pertama pada waktu malam selepas Isha’. (perbelanjaan tambahan SR15 seorang. Jemaah mesti mempunyai kesihatan yang baik untuk mendaki)

HARI 11 - 12 :: MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR
Jemaah dinasihatkan menyempurnakan tawaf wida sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah kemudiannya akan dibawa kelapangan terbang Jeddah untuk penerbangan ke KLIA. Jemaah dijangka tiba mengikut jadual yang ditetapkan.

Semoga anda selamat tiba ke tanah air dengan Umrah yang maqbullah. Ameen.

Nota Nota Mengenai Umrah

Salam Semua,

Just some notes as a refresher / reminder...

MAKNA UMRAH
Dari Segi Bahasa:
Umrah bermaksud ziarah.

Dari Segi Syarak:
Menziarahi Kaabah dan tawaf di sekelinglingnya, mengerjakan sa'i di antara Safa dan Marwah serta bercukur.

WAJIB UMRAH
1. Ihram di miqat.
2. Menjauhkan larangan-larangan ketika berihram.

RUKUN UMRAH
1. Memakai ihran berserta niat saperti berikut:
"Sengaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala."
2. Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
3. Sa'i di antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali.
4. Bercukur.
5. Tertib.

SUNAT UMRAH
Segala perkara-perkara sunat bagi ibadat haji merupakan perkara-perkara sunat ibadat umrah.

MIQAT ZAMANI UMRAH
Miqat zamani umrah ialah sepanjang tahun kecuali pada hari-hari Tasyrik dan ketika mengerjakan ibadat haji di Arafah sehingga selesai mengerjakan segala rukun dan wajib haji.

MIQAT MAKANI UMRAH
Miqat makani umrah sama saperti miqat haji kecuali bagi orang berkeinginan mengerjakan umrah dari Makkah maka miqat mereka ialah di Tanah Halal.

Sekian, Wassalam.