Tuesday, January 5, 2010
Senjata Orang Mukmin
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” Surah Al-Anbiya’ Ayat 35
Mungkin anda sedang melalui ujian dalam hidup. Sebagai hambaNya yang beriman, kita pasti melalui pelbagai ujian sebagaimana firman Allah s.w.t. di atas dan dalam melalui ujian ini. Allah telah sediakan senjata yang istimewa bagi kita umat Islam untuk menghadapainya yakni... DOA...
“... Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka): Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta benar...” Surah Al Baqarah Ayat 186
Memperkemaskan Adab Dalam Berdoa
Sumber makanan dan sumber pendapatan yang haram adalah antara punca tertolaknya doa. Tinggalkanlah larangan lain dalam Islam. Hadapkan kiblat sambil mengangkat kedua-dua belah tangan serta menghimpun kesemua jari jemari. Hadirkanlah dalam hati dengan penuh keikhlasan, pengharapan yang penuh, bersungguh-sungguh, pebuh kesabaran dalam berdoa dan yakinkan diri bahwa Allah s.w.t. akan memakbulkannya. Mulakanlah doa dengan pujian kepada Allah diikuti selawat ke atas Rasulullah s.a.w., (ringkasnya Alhamdulillah dan wassalatu wassalam ‘ala Rasulillah) Ulangilah doa bila-bila masa. Berdoalah dengan ringkas tapi padat dengan makna.
Doa, Ibadah & Senjata Orang Mukmin
Sabda Rasulullah s.a.w. “Doa itu adalah ibadah.” Riwayat Abu daud dan At Tirmidzi
“Dikabulkan doa seseorang daripada kalian selama dia tidak terburu-buru." “Riawayat Bukhari dan Muslim.
“Sesungguhnya Tuhan kamu Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hambaNya yang mengangkat tangannya berdoa namun tidak dimakbulkan doanya itu.” Riwayat Abu Daud dan At Tirmidzi
Solat Sebagai Doa
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat...” Surah Al Baqarah Ayat 45
“Wahai sekelian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapai susah payah) dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” Surah Al Baqarah Ayat 153
“Paling dekat hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa.” Hadith Riwayat Muslim
Rasulullah s.a.w. berpesan akan doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat: “Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diperkenankan.” Hadith Riwayat Al-Nasa’i
“Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.” Hadith Riwayat At Tirmidzi
No comments:
Post a Comment