dipetik dari artikel al-Ustaz al-Muhaddis Umar b M Noral-Syafi'iy HafizahulLah dalam majalah Solusi Terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
Dalam tulisan yang lalu, saya telah berbicara sedikit tentang seksa kubur. Pada tulisan kali ini, insya-Allah saya akan lebih memperluaskan bahasan tentang perkara yang sangat penting ini. Hal pertama yang harus kita ketahui ialah ijmak (kesepakatan) semua ahlu sunnah atas keyakinan adanya azab kubur berdasarkan dalil-dalil qat’i daripada al-Quran dan sunnah.
Salah satunya ayat 46 surah Ghafir (Al-Mu’min), al -Quran bercerita tentang kondisi Firaun dan para pengikutnya setelah mereka mati. Firman Allah: “Kepada mereka dinampakkan Neraka pada pagi dan petang.” Al-Hafiz Ibn Kathir berkata, ayat ini menjadi landasan besar bagi Ahlu Sunnah untuk menyatakan adanya azab kubur.”
Pendapat ini selari dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Jika seseorang meninggal dunia, akan diperlihatkan tempat (yang akan ditinggalinya) pada waktu pagi dan petang. Jika ia seorang penduduk syurga, maka diperlihatkan syurga. Dan jika ia seorang penduduk Neraka, maka diperlihatkan Neraka. Dan dikatakan kepadanya, “inilah tempatmu hingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Ibn Umar.
Hadis-hadis lain yang berceritakan tentang azab kubur sangat banyak sehingga ulama Ahlus Sunnah sepakat menjadikan perkara ini sebagai akidah yang wajib diyakini setiap muslim. Dan tidak ada yang mengingkarinya kecuali ahli Bidaah. Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Mazhab Ahlu Sunnah menetapkan adanya seksa kubur, berbeza dengan puak Khawarij, majoriti Mu’tazilah dan sebahagian Murjiah.”
Azab Kubur sebuah hakikat
Orang yang mengingkari azab kubur tidak memiliki sembarang alasan selain ucapan mereka, “Kami sering menggali kubur yang telah lama, namun kami tidak pernah melihat mayat diseksa di dalam kubur mereka.”
Untuk menjawab ucapan ini, Imam Al-Ghazali dalam Al-Iqtisad fil I’tiqad berkata, “Pengamatan mata kita hanya tertumpu kepada jasad zahir belaka. Sementara yang merasakan seksa adalah hati atau batin manusia. Sebuah seksaan yang dirasakan seseorang tidaklah mesti menampakkan tanda-tanda yang boleh diamati jasadnya.”
Dalam Ihya, al-Ghazali membandingkan seksa yang dialami mayat dengan mimpi yang dilihat orang tidur. Sering terjadi, seseorang berasa sangat terseksa kerana bermimpi dipatuk ular. Semua itu hanya ia sendiri yang merasakannya, sementara orang yang berada di sebelahnya tidak menyedari hal itu sedikit pun. Begitu juga azab kubur yang dirasakan mayat. Meski kita tak melihat tanda-tanda seksaan di tubuhnya, bukan bererti azab kubur tidak ada. Azab itu tetap dirasakan, cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya.
Kata al-Ghazali lagi, seekor ular sebenarnya tidak merbahaya tanpa racunnya. Dan racun itu pun sebenarnya tidak menyakitkan, akan tetapi kesan yang ditinggalkan racun itu pada tubuh manusia agak lama. Dan Allah berkuasa untuk menciptakan kesan racun di dalam tubuh seseorang tanpa melalui perantaraan apa pun. Jika itu terjadi, maka azab akan terasa pada diri seseorang tanpa sesiapa yang mengetahuinya.
Sebab-sebab Azab Kubur
Penyebab utama azab kubur ialah sifat-sifat tercela yang tersimpan di dalam jiwa manusia. Ibn Hibban meriwayatkan sabda Nabi s.a.w: “Akan diutus untuk orang kafir di dalam kuburnya 99 ular yang sangat besar (tinnin). Semua menggigit dan mematuknya hingga hari kiamat. Andai seekor sahaja dari ular ini keluar ke dunia dan meniupkan (racunnya) ke atas tanah, maka tidak satu pun tumbuhan yang dapat hidup di muka bumi.”
Imam Al-Ghazali berkata, “Jangan hairan dengan bilangan (ular) yang banyak ini. Sebab bilangan itu sebanyak bilangan akhlak tercela yang dimilikinya seperti sombong, riyak, hasad dengki, dendam dan sifat-sifat buruk lainnya.”
Penyebab azab kubur lainnya adalah namimah (adu domba), ghibah (mengumpat) dan tidak melakukan istibra’ selepas kencing. Istibra’ ialah memastikan air kencing yang masih tersisa dalam kemaluan keluar dengan sempurna. Hal itu dapat dilakukan dengan cara mengurut, batuk, berjalan beberapa langkah atau beberapa teknik lainnya. Ibn Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan sabda Nabi s.a.w: “Kebanyakan seksa kubur disebabkan kerana air kencing.”
Imam Hannad bin Al-Sirri dalam kitab Al-Zuhd meriwayatkan dari seorang tabiin yang bernama ‘Amr bin Syurahbil katanya, “seseorang yang meninggal dunia, lalu malaikat datang kepadanya dengan sebuah cambuk api. Ia berkata, ‘Aku akan mencambukmu seratus kali.’ Orang itu berkata, ‘Mengapa? Aku selalu menjaga diriku semasa hidup.’ Malaikat tidak mempedulikan lalu mencambuknya satu kali sehingga kuburnya penuh dengan api. Malaikat itu lalu berkata, ‘Engkau pernah kencing lalu solat tanpa wuduk. Dan seseorang yang dizalimi datang kepadamu, namun engkau tidak membantunya.”
Azab kubur juga disebabkan kerana ratapan yang dilakukan seseorang ke atas mayat. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Umar bin Al-Khattab bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesuatu mayat diseksa di kuburnya kerana ratapan seseorang ke atasnya.” Para ulama mengatakan bahawa ratapan yang dimaksudkan di sini adalah ratapan yang dilakukan untuk melaksanakan wasiatnya untuk diratapi.
Herdikan malaikat yang diikuti dengan pukulan godam besi di kepala pernah disebutkan dalam tulisan saya yang lalu. Hukuman itu untuk orang yang tidak pernah mengambil berat tentang ajaran agama yang seharusnya menjadi panduan hidupnya di dunia.
Menyelamatkan diri daripada azab kubur
Azab kubur adalah sebuah hakikat yang nyata. Dan orang yang bijak akan segera membuat persiapan maksimal sebelum musibah itu menimpa dirinya. Imam Yahya bin Muadz Al-Razi berkata, “Orang yang bahagia ialah sesiapa yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya, yang menyediakan kuburnya sebelum ia masuk ke dalamnya, dan yang meredai tuhannya sebelum Ia meredainya.”
Perkara utama yang dapat kita lakukan agar terhindar dari seksa kubur ialah terus meminta perlindungan dari Allah s.w.t. Semakin sering kita meminta, semakin besar peluang kita memperolehnya. Imam al-Bukhari dan Muslim banyak sekali meriwayatkan hadis yang membawa cerita bahawa Nabi s.a.w. meminta perlindungan daripada azab kubur.
Memperbanyakkan istighfar semasa hidup juga dapat membantu kita jauh daripada kesulitan di dalam kubur. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd daripada seorang tabiin yang bernama Abu Minhal ia berkata, tidak ada jiran yang terbaik di dalam kubur daripada istighfar yang (dibacakan) dengan banyak.
Begitu juga tasbih, tahmid dan zikir-zikir lainnya. Imam Ahmad bercerita dalam kitab yang sama tentang seorang tabiin yang bernama Abdullah bin Ghalib. Semasa hidupnya, tokoh ini tidak pernah berhenti berzikir menyebut nama Allah s.w.t. Said bin Zaid berkata: “Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu memendamnya. Tiba-tiba kami mencium dari tanah kuburannya wangi-wangian dari berbagai jenis minyak wangi.” Malah Malik bin Dinar pernah berkata: “Aku pergi mengambil sebahagian dari tanah itu lalu meletakkannya di kantong. Aku terus menerus mencium bau wangi tersebut.”
Untuk orang-orang yang telah meninggal dunia, ada beberapa hal yang dapat kita lakukan untuk meringankan penderitaan mereka. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mematahkan sebatang dahan yang masih segar lalu menanam kedua-duanya di atas dua kubur tersebut. Baginda bersabda, “Semoga seksa keduanya diringankan selama dahan ini belum kering.”
Para ulama berpendapat bahawa azab tersebut dikurangi kerana tasbih dahan itu. Kerana itu, Buraidah bin Husaib Al-Aslami (seorang sahabat Nabi s.a.w.) pernah berwasiat agar ditanamkan sebatang pohon di atas kuburnya. Imam Al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Para ulama menganjurkan pembacaan al-Quran di atas kubur kerana hadis ini. Sebab jika azab kubur dapat diringankan kerana tasbih dahan pohon, maka pembacaan al-Quran tentu lebih utama.”
Zikir dan tasbih yang dibacakan insya-Allah juga dapat meringankan azab. Al-Thabarani meriwayatkan dari Jabir bahawa ketika Rasulullah menguburkan Sa’ad bin Muadz, baginda bertasbih cukup lama sambil diikuti oleh para sahabat. Baginda lalu bertakbir, dan para sahabat ikut bertakbir. Mereka lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa tuan tadi bertasbih?” Baginda menjawab, “Hamba soleh ini tadi dihimpit oleh kubur, lalu Allah menyelamatkannya.”
Bangkit dari Kubur
Ketika waktunya tiba, Allah memerintahkan untuk dimulainya proses pembangkitan kembali. Allah s.w.t. berfirman, “Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata: Aduhai celakalah kami! siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) yang Maha Pemurah dan benarlah rasul-rasul-Nya. Tidak adalah teriakan itu selain sekali teriakan saja, maka tiba- tiba mereka semua dikumpulkan kepada kami.” (Surah Yasin: 51-53).
Semua manusia bangkit dari kuburnya dengan tubuh telanjang dan berdebu. Semuanya berjalan menuju tempat yang sama dengan wajah tertunduk dan sejuta fikiran di kepala. Hisab amal perbuatan yang akan menentukan kedudukan itu hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.
Tuesday, February 9, 2010
Memohon selamat dari melakukan maksiat untuk diri dan keluarga
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي ،
وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي ، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي .
Ya Allah , sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku , kejahatan penglihatanku , kejahatan lidahku , kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku .
Keterangan & Petua Beramal
Menurut al-Imam Syaraf al-Haq Muhd Asyraf Al-Siddiqi Al-Azim Abadi, Nabi s.a.w mengajar kita agar memohon perlindungan Allah dari kejahatan-kejahatan yang disenaraikan dalam versi ini iaitu : mendengar perkara-perkara yang dibenci Allah, melihat perkara-perkara yang dibenci olehNya, berkata tentang perkara yang sia-sia yang menjurus kepada dosa dan melakukan zina ataupun perkara-perkara yang menjuruskan daku kepadanya.
Menurut Ibnul Qayyim , antara langakah menghindarkan diri dari mengikuti syahwat ialah dengan mendalami ilmu dan mengamalkannya.Perlaksanaannya boleh dilakukan menerusi langkah-langkah di bawah :
a. Melihat faktor-faktor yang membangkitkan syahwatnya.Apabila sudah mengenalpastinya maka hendaklah dilakukan prkara-perkara yang dapat membendungnya.
b. Hendaklah dia menundukkan pandangan dari melihat perkara-perkara yang mengajaknya kepada melakukan maksiat itu.
c. Melakukan perkara-perkara yang dihalalkan baginya untuk mengurangkan kecenderungan melakukan maksiat
d. Memikirkan akibat buruk melakukan perkara larangan itu di dunia lagi.

Doa Khalifah Yang Mulia - Umar bin Abd Aziz sebelum memasuki rumah
Bismillahirrahmanirrahim
"Dengan nama Allah dan segala pujian bagiNya, dan tiada kekuatan melainkan denganNya, dan salam sejahtera ke atas Nabi Allah. Ya Allah, bukalah untukku pintu-pintu rahmat-Mu, masukkanlah daku ke dalam urusan agama-Ku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia, dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami, sesungguhnya Kau maha luas kurniaanya. Ya Allah, lindungilah aku dari sebelah atas daripada disambar, dari sebelah bawahku daripada ditenggelamkan dan dari kanan dan kiriku daripada syaitan yang direjam."
Dipetik daripada Musannaf Ibn Abnnu Syaibah 6/149
Buku: Doa & Zikir Harian
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM6.oo
Saiz: Handy Book

Ganjaran Wanita Kematian Suami
حدثنا أبو عاصم ، عن نهاس بن قهم عن شداد أبي عمار ، عن عوف بن مالك عن النبي قال: أنا وامرأة سفعاء الخدين ، امرأة أئمت من زوجها فصبرت على ولدها كهاتين في الجنة
Maksudnya : “ Aku dan wanita yang berwarna hitam pada wajahnya kerana berkabung pada kematian suaminya, maka dia sabar membesarkan anak-ananya, seperti ini bersama ku ( Nabi menunjukkan rapatnya kedua jari baginda s.a.w ) dalam syurga”.

Radio On-Line Telaga Biru
Assalamualaikum wbt. Kepada sahabat-sahabat fb yang ingin mendapatkan santapan rohani, anda bolehlah ke Radio Online Telaga Biru. Buat masa sekarang, isi kandungannya adalah secara rawak dari bahan-bahan audio terbitan Telaga Biru seperti ceramah-ceramah, nyanyian nasyid dan bacaan al-Quran. InsyaAllah kami akan cuba sedaya upaya untuk memperbaiki mutu persembahan radio ini dari masa ke semasa. Anda hanya perlu klik di http://rs3.radiostreamer.com:8720/listen.pls
p/s: Anda perlu sekurang-kurangnya mempunyai perisian Real Player @ Winamp @ iTunes. Buat masa sekarang, siaran akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dari Isnin hingga Jumaat.

Wednesday, February 3, 2010
300 Hadis Bimbingan
Sabda Rasulullah SAW,
لاَ يُرَدُّ الدُّعَاءُ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ
Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabd, "Doa tidak ditolak diantara waktu azan dan iqamat"
Riwayat Abu Daud no.521
Sumber: buku 300 HADIS BIMBINGAN
Oleh: Zahazan Mohamed & Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam
Terbitan: Telaga Biru Sdn Bhd
Harga: RM25.90 (Semenanjung M'sia) / RM27.90 (Sabah & S'wak)
Layari link: http://www.stormreaders.net/faridah
Padang Mahsyar - manusia gelisah menunggu hisab penentu
Dipetik dan disesuaikan dari Majalah Solusi, tulisan al-Ustaz al-Muhaddis al-Syikh Umar M. Nor, imam eksekutif masjid al-Syafaah, Singapura
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua bagian tubuh manusia akan hancur kecuali satu tulang, iaitu ujung ekornya (ajab al-dzanb). Dari tulang inilah dibangunkan kembali penciptaannya pada hari kiamat.” Hadis sahih ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dalam riwayat Abu Ya’la dan Al-Hakim dari Abu Said Al-Khudri, para sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah rupa ujung ekor itu?” Baginda menjawab, “Seperti biji sawi (habbat khardal).” Maknanya tulang itu sangat kecil sehingga hampir tak terlihat oleh mata biasa.
Beberapa hadis menjelaskan bahawa proses pengembalian makhluk dimulai dengan hujan yang sangat lebat menyirami bumi selama beberapa hari. Air itu menumbuhkan tulang bakal makhluk yang terpendam di bawah tanah ini tumbuh dan berkembang. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mereka kemudian tumbuh bagaikan sayuran di musim hujan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Apabila hari kebangkitan yang ditentukan telah tiba, Israfil meniup sangkakalanya (sur) yang mengembalikan setiap roh ke jasad. Manusia dan makhluk-makhluk Allah yang lain mulai tersedar dari tidur yang panjang. Mereka berkata, “Duhai celakalah kami. Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?” seperti yang diceritakan dalam surah Yasin: 52.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua manusia akan dibangkitkan dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum dikhitankan sebagaimana keadaan mereka ketika pertama kali diciptakan.” Rasulullah lalu membaca: Sebagaimana kami menciptakan (manusia) pertama kali, maka kami akan mengembalikannya. Itu merupakan janji yang akan kami laksanakan.” (Qs Al-Anbiya: 104).
Mahsyar
Tidak lama kemudian, semua makhluk bergerak dalam rombongan besar yang terdiri dari jutaan manusia menuju ke satu arah. “Hati manusia pada waktu itu sangat takut, pandangannya tertunduk.” (Qs Al-Nazi’at: 8-9). Sebahagian mereka berjalan dengan kakinya, sebahagian yang lain merangkak dengan tangannya, bahkan ada juga yang berjalan “dengan wajahnya”. Seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Bagaimana seorang kafir berjalan dengan wajahnya?” Baginda menjawab, “Bukankah (Allah) yang membuatnya dapat berjalan dengan kaki, maka Dia juga mampu membuatnya berjalan dengan wajah?” Hadis riwayat Muslim.
Mereka kemudian berkumpul di Mahsyar; sebuah padang luas yang tanahnya putih bak pasir di pinggir pantai, datar tanpa bukit dan lubang. Tak ada bangunan ataupun bendera yang menunjukkan pemilikan. Al-Ghazali berkata, “Janganlah engkau mengira bahawa tanah itu seperti tanah di dunia ini. Tidak ada kesamaan antara keduanya melainkan namanya sahaja.”
Ibn Mas’ud berkata, “Tanah pada hari itu semuanya (dipenuhi) api, dan syurga di seberangnya telah terlihat bersama para bidadari dan cawan-cawan minumannya.” Diriwayatkan oleh Imam Waki’ dalam kitab “Al-Zuhd”.
Keringat
Bayangkan jutaan manusia sejak zaman Nabi Adam hingga generasi terakhir berkumpul dan bersesak-sesakan. Di bawah sinar matahari yang sangat panas, tanah yang membara, ditambah lagi suasana hati yang dipenuhi ketakutan, pada saat itu tubuh manusia basah dengan keringat. Dalam hadis Muslim dari Al-Miqdad bin Al-Aswad, Nabi s.a.w. bersabda, “Pada hari kiamat matahari didekatkan kepada manusia sejarak satu mil. Maka semua manusia tenggelam di dalam keringatnya sesuai dengan amal perbuatannya (di dunia). Sebahagian mereka tenggelam hingga ke mata kaki, sebahagian yang lain hingga ke pinggangnya dan sebahagian yang lain hingga ke mulutnya.”
Imam Ibn Abi Jamrah dalam Syarh Sahih Al-Bukhari berkata, “Manusia yang paling terseksa dengan keringatnya ini adalah orang-orang kafir, kemudian (Muslim) pelaku dosa-dosa besar, dan seterusnya.”
Imam Al-Ghazali berkata dalam Ihyak Ulumiddin , “Ketahuilah setiap titis keringat yang tidak pernah dikeluarkan dalam bekerja di jalan Allah, dalam haji, jihad, puasa, tahajud, membantu Muslim atau beramar makruf nahi munkar, maka keringat itu akan dikeluarkan oleh rasa malu dan takut pada hari kiamat nanti.”
Balasan Amal sebelum Hisab
Singkat kata, setiap orang pada hari kebangkitan ini merasa sangat terseksa jauh sebelum mereka dihisab. Setiap orang merasakan sangat haus, lapar, penat, takut, sedih, bimbang stres dan berbagai kesusahan zahir dan batin serta lain-lain yang belum dapat kita bayangkan pada saat ini. Mereka terus dalam keadaan itu bertahun-tahun lamanya hingga Allah berkenan memulakan proses hisab dan penghitungan amal. Al-Ghazali berkata, “Fikirkanlah suasana panjang dan beratnya penungguan hari itu agar dengan itu terasa ringan bagimu dalam bersabar meninggalkan maksiat sepanjang hidupmu yang singkat ini.”
Pada hari itu, sekecil apa pun amal kebaikan yang pernah dilakukan seseorang di dunia sangat berharga untuk melepaskan sebahagian dari seksaan yang dideritanya ini. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari kesusahan, maka Allah akan melepaskan darinya satu daripada kesusahan yang terdapat pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah).
Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Barang siapa yang menginginkan agar Allah menyelamatkannya daripada kesusahan (yang dialami) pada hari Kiamat, maka bantulah orang yang dalam kesusahan, atau kurangilah kesusahannya.” (Riwayat Muslim).
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Seseorang akan berteduh di bawah naungan sedekahnya hingga waktu pengadilan (hisab) tiba.” Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di “Musnad”-nya.
Al-Hafiz Ibn Abi Al-Dunya meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud, “Semua manusia dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan telanjang, sangat lapar, sangat haus dan sangat penat. Barang siapa yang pernah memberikan pakaian kerana Allah, maka Allah akan memberinya pakaian. Barang siapa yang pernah memberi makan kerana Allah, maka Allah akan memberinya makanan. Barang siapa yang pernah memberi minum kerana Allah, maka Allah akan memberinya minuman. Dan barang siapa yang pernah memaafkan karena Allah, maka Allah akan memaafkannya.”
Ulama tabiin kenamaan di kota Mekah, Sufyan bin ‘Uyainah, berkata, “Tidak ada nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya melebihi kebesaran kalimat tauhid: La ilaha illallah. Sebab kalimat ini di akhirat ibarat air sejuk di dunia.” Diceritakan oleh Imam Al-Hafiz Jamaluddin Al-Mizzi dalam Tahdzib Al-Kamal fi Asma Al-Rijal.
Di bawah Naungan Allah
Sementara itu, apabila kebanyakan manusia dalam kesusahan, terdapat orang-orang tertentu yang seolah-olah tidak mengalami sebarang seksaan apa pun. Mereka adalah orang-orang yang di dunia telah mengalami kesusahan sekejap demi menjaga agama dan prinsipnya, ketika kebanyakan manusia pada saat itu menikmati keseronokan hawa nafsunya.
Rasulullah s.a.w. bercerita tentang mereka, “Tujuh golongan yang berada di bawah naungan Allah ketika tidak ada naungan selain naungan-Nya; pemimpin yang adil, pemuda yang tubuhnya sentiasa menyembah Allah, seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid jika ia keluar hingga kembali semula, dua orang yang saling mencintai kerana Allah; mereka berjumpa dan berpisah kerana-Nya, seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sendirian hingga meneteskan air mata, seorang laki-laki yang dirayu oleh wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dengan berkata: aku takut kepada Allah, dan seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan tangan kanannya.”
Hadis sahih yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim ini mengandung keutamaan luar biasa untuk orang-orang yang memiliki salah satu, apalagi lebih, dari tujuh sifat ini. Iaitu adil, menjaga kebersihan diri sejak muda, sangat mencintai masjid, cinta kerana Allah, mengingat Allah dalam keadaan sendirian, menjaga diri daripada zina, dan bersedekah tanpa mengharap sembarang pujian ataupun balasan.
Imam ahli hadis terbesar di Andalusia Al-Hafiz Ibn Abdil Bar dalam dua kitabnya Al-Tamhid dan Al-Istizkar mentakwil kalimat “naungan Allah” yang disebutkan dalam hadis ini dengan “rahmat Allah.” Sebab mustahil Allah s.w.t. memiliki bayangan hingga manusia dapat berteduh di bawahnya.
Ahli hadis yang dikenal dengan gelaran Hafiz Al-Maghrib ini selanjutnya berkata, “Barang siapa yang berada di bawah naungan Allah, maka ia selamat dari kengerian hari kebangkitan dan segala sesuatu yang tengah menimpa manusia lain pada saat itu seperti rasa khuatir, stres dan (seksaan) keringat.”
Wasilah: Syafaat Terbesar
Setelah sekian lama berdiri di padang Mahsyar yang penuh derita itu, semua manusia sudah tidak mampu lagi menunggu. Mereka segera mendatangi nabi-nabi kekasih Allah agar mereka diperkenankan permintaan bagi Allah memulai hisab. Namun semua nabi-nabi, mulai dari Nabi Adam hingga Nabi Isa as, tidak ada yang berani mengabulkan permintaan itu. Mereka semua terlalu sibuk memikirkan kesalahan yang pernah mereka lakukan sehingga malu untuk meminta kepada Allah pada hari yang sangat menakutkan itu.
Para nabi dan rasul kemudian mengarahkan semua manusia supaya menemui kekasih Allah, pemilik wasilah dan syafaat terbesar, Baginda Muhammad s.a.w. Semua manusia kemudian melaksanakan anjuran tersebut. Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Baginda segera berjalan ke arah Arasy lalu bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan puja-pujian yang belum pernah beliau ucapkan sebelumnya. Allah s.w.t. lalu berfirman, “Wahai Muhammad, angkat kepalamu. Mintalah, Aku akan mengabulkan.” Rasulullah s.a.w. segera meminta untuk dimulai hisab.
Allah segera menurunkan perintahnya kepada semua malaikat, maka hisab yang sangat menentukan itu segera dimulakan.

Mengubat demam panas - petikan dari Kitab 101 Hadis Sahih terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّارٍ ،
وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ
Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ” .
Keterangan & Petua Beramal
Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas r.huma berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.
Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.

Renungan hari ini...
“Sesungguhnya seseorang dari kamu dihimpunkan kejadiannya dalam rahim ibunya empat puluh hari sebagai setitis mani, kemudian dia menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama juga kemudian dia bertukar menjadi seketul daging dalam tempoh itu juga, kemudian diutuskan kepadanya malaikat untuk meniupkan ruh padanya dan diperintahkan juga kepada malaikat itu untuk menulis empat perkara iaitulah rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia orang yang celaka ataupun orang yang menderita. ( HR al-Bukhari no 3036,Muslim no 2643 )
Doa agar mudah tidur, petikan dari kitab 101 Doa daripada Hadis Sahih terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ ،
يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي
Maksudnya : Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .
Keterangan & Petua Beramal
Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni , dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya , lalu baginda saw mengajarnya doa di atas .
Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni , Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan jampi yang diajar oleh Nabi saw itu .
Menurut pengarang buku Doa & Rawatan pesakit , doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air . Caranya iaitu , letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya . Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi .

Lelaki bersalaman dengan wanita? diringkaskan dari artikel Us Nik Ab Rahim Nik Ab Ghani, penulis dalam column Maqasid, Majallah SOLUSI
Sebenarnya, seorang lelaki itu boleh bersalaman dengan wanita mahramnya berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. pernah mencium Fatimah. (HR Abu Dawud dan al-Tirmizi). Selain daripada wanita mahram, bukan mahram atau diistilahkan sebagai wanita ajnabiyyah atau ajnabi. Wanita ajnabi ialah mereka yang halal dikahwini yang bukan mahram atau bukan isterinya. (al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami 7/598). Akhir-akhir ini, umat Islam sering mempertikaikan hukum Allah Taala, baik hukum yang kecil sehingga hukum yang besar termasuk hukum bersalaman sendiri. Berdasarkan pengamatan ulama, mereka bersepakat bahawa seorang lelaki tidak boleh bersalaman dengan wanita ajnabi. Seorang tokoh mazhab Shafie yang disegani, Imam al-Nawawi menegaskan : ‘Sesungguhnya halal melihat kepada wanita ajnabi jika ia ingin menikahinya, atau ketika urusan jual beli, atau ketika mengambil sesuatu barang atau memberi kepadanya dan seumpamanya dan tidak harus menyentuhnya dalam sesuatu situasi berkenaan’. (al-Azkar, 228).
Ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah s.a.w. pernah menyentuh tangan wanita dalam bai’ah peristiwa hijrah : ‘Demi Allah, tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbai’ah dengan ucapan’. (Fath al-Bari 11/345-346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10). Hadis ini menjelaskan bahawa bai’ah wanita hanya berlaku dengan ucapan sahaja tanpa bersalaman. (Sharh Sahih Muslim 13/10). Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata : ‘Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai’ah dengannya. Kami berkata : “Kami berbai’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tida berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran”. Lantas Rasulullah s.aw. bersabda : “Pada perkara yang kamu mampu dan berdaya”. Umaimah menceritakan lagi : “Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbai’ah denganmu wahai Rasulullah”. Lalu Nabi s.a.w menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita”. (HR al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : ‘Hadis ini hadis hasan sahih).
Hadis ini adalah nas yang jelas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita ketika berbai’ah. Jika Nabi seorang yang maksum tidak bersalaman ketika bai’ah, maka lebih aula hukumnya dalam situasi selain bai’ah. Apabila Rasulullah s.a.w. tidak bersalaman dengan wanita, sudah tentu kita juga wajib mengikut sunnah baginda kerana baginda s.a.w. adalah qudwah dan ikutan kita semua. Dengan dalil-dalil yang sudah jelas dan terang ini, maka tertolaklah segala dakwaan dan hasutan yang cuba menghalalkan perbuatan bersalaman antara lelaki dan wanita. Sesetengah orang berhujahkan keharusan bersalaman dengan wanita melalui hadis Ummu Atiyyah yang diriwayakan oleh al-Bukhari. (Fath al-Bari 10/262). Di sini, saya tidak mahu memanjangkan syubhah-syubhah yang dikaitkan dengan riwayat tersebut. Cukup saya nukilkan penjelasan al-Albani rahimahullah, pakar hadis terkenal : ‘Dan kesimpulannya ialah tidak sahih daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersalaman dengan wanita walaupun ketika peristiwa bai’ah, lebih-lebih lagi dalam situasi ketika bertemu. Segilintir orang yang berhujah keharusannya dengan hadis Ummu Atiyyah yang saya sebutkan tadi sedangkan lafaz bersalaman tidak pernah disebut dalam riwayat tadi dan mereka berpaling daripada hadis-hadis yang jelas menafikan Nabi s.a.w. bersalaman adalah merupakan satu perkara yang tidak keluar dari seorang mukmin yang ikhlas’. (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 2/55).
Oleh itu, bagi kita umat Islam, tiada yang lebih baik dan lebih utama kecuali mengikuti sunnah dan petunjuk Nabi s.a.w. Dalam era moden sekarang, tidak perlu kita mendakwa untuk meniti arus kemodenan maka kita mesti mengikuti semua budaya barat dan cara mereka. Bahkan sebenarnya, yang menjadi keutamaan kita ialah memperkukuhkan diri kita dengan nilai-nilai murni Islam dalam era modenisasi sekarang. Ini supaya kita tidak mudah terjerumus dan tergelincir dihanyutkan oleh kesesatan dunia hari ini. Mudah-mudahan semua umat Islam mendapat hidayah Allah s.w.t. Amin.

Petua menghindari gangguan dalam tidur dari Kitab 101 Doa Dari Hadis-hadis Sahih terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
antara petua yang sering diabaikan bagi golongan yang sering didatangi oleh mimpi buruk adalah beramal dgn doa ini.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ
وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ
Maksudnya : Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahanNya , seksaanNya , dan kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku)
Keterangan & Petua Beramal
الرؤيا الصالحة من الله والحلم من الشياطين فإذا رأى أحدكم ما يجب
فلا يحدث به إلا من يحب الحديث
Maksudnya : Nabi saw bersabda , yang bermaksud : “Mimpi yang baik adalah dari Allah, sedang mimpi (buruk) adalah dari syaitan. Apabila seseorang di antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya.
Bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah berbuat seperti berikut:
a) Meludah ke kirinya, tiga kali
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .
Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif .Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :
1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.

Sekadar peringatan ...
PETIKAN DARI MAKALAH US UMAR M NOR DALAM MAJALAH SOLUSI
Pilih Keinginan atau Keperluan ?
Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab “Al-Zuhd” bahawa Umar bin Al-Khattab suatu hari berkunjung ke rumah anaknya, Abdullah. Tiba-tiba dia melihat sepotong daging di rumah itu. Dia lalu bertanya, “Mengapa ada daging di sini?” Abdullah menjawab, “Aku teringin memakan daging, jadi aku membelinya.” Umar lalu berkata, “Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali dia menginginkan sesuatu lalu memakannya.”
Imam Ahmad juga meriwayatkan dalam kitab yang sama bahawa suatu hari Umar berjumpa dengan Jabir bin Abdillah yang sedang membawa daging dari pasar. Ia lalu bertanya, “Apa yang engkau bawa itu, wahai Jabir?” Jabir menjawab, “Ini daging. Aku membelinya sebab teringinkan hendak makan daging.” Sekali lagi Umar berkata, “Apakah setiap kali menginginkan sesuatu, engkau membelinya?”
Nafsu
Ucapan Umar Al-Faruk yang diakui Baginda Nabi s.a.w sebagai sangat pandai memilih kebenaran dan kebatilan ini adalah tepat untuk dijadikan panduan hidup. Beliau mengajarkan agar kita tidak menjadikan “keinginan” sebagai asas konsumsi melainkan “keperluan”. Sebab hakikat keinginan adalah nafsu serakah yang tidak mengenal batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Begitulah seterusnya sehingga jika selalu dituruti, ia akan menghantar manusia kepada gaya hidup mewah yang berakhir dengan pembaziran.
Sementara itu, asas keperluan intinya menjadikan akal rasional sebagai pembuat keputusan. Dengan kecerdasannya, akal akan memilih benda-benda yang penting dan yang kurang (atau sama sekali tidak) penting. Akibatnya, seseorang yang berpegang kepada asas ini dapat mengawal perbelanjaannya dengan baik dan selamat daripada kegawatan financial.
Prinsip ini memperlihatkan ketinggian fiqah Sayidina Umar. Sebab tidak terhitung anjuran Islam agar kita membangkang keinginan nafsu. Al-Quran bahkan menyebutkan bahawa sikap memperturutkan hawa nafsu merupakan gaya hidup kafir yang tidak selari dengan prinsip keislaman. “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka.” (Al-Najm: 23)
Al-Quran juga menceritakan bahawa orang kafir menjadikan nafsunya sebagai tuhan selain Allah (Al-Furqan: 25). Jika begitu, membangkang keinginan nafsu merupakan persaksian tauhid yang sangat tinggi sehingga tepat ucapan Imam Sahl bin Abdillah Al-Tustari: “Allah tidak disembah dengan suatu amalan yang lebih baik daripada membangkang keinginan nafsu.”
Kisah tokoh Islam yang berkaitan dengan hal ini sangat banyak kita temui dalam buku-buku sejarah. Sayidina Umar, yang kisahnya membuka tulisan saya kali ini, terkenal dengan sangat pandai mengawal nafsu sehingga tidak pernah mencela makanan yang dihidangkan kepadanya.
Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd bahawa pada suatu hari, pelayan Umar yang bernama Aslam berkata dalam hati: “Hari ini, aku akan membuat Umar mencela makanan.” Lalu dia menghidangkan segelas susu yang masam untuknya. Seketika meminum susu ini, wajah Umar berubah. Namun dia tidak mencela minuman itu, sebaliknya berkata, “Duhai betapa lazatnya rezeki Allah s.w.t.”
Anaknya, Abdullah bin Umar, sejak ditegur ayahnya tadi selalu meninggalkan sesuatu kerana Allah setiap kali mencintainya. Nafi, pembantunya, berkata, “Setiap kali Ibn Umar mencintai sesuatu dari harta miliknya, dia akan melepaskan sesuatu itu. Suatu hari dia menunggang seekor unta dan merasa sangat menyukainya. Dia segera turun dari unta itu dan berkata, wahai Nafi, lepaskan pelana ikatan unta ini dan jadikanlah ia korban untuk Baitullah.”
Prinsip hidup ini terus hidup dalam masyarakat Islam hingga berabad-abad kemudian. Ulama Baghdad yang terkenal, Sari bin Abdillah Al-Saqathi, pernah berkata, “Sejak tiga puluh tahun yang lalu, nafsuku selalu menuntut untuk (memakan) wortel yang dicelup ke dalam madu, namun aku tidak menurutinya.”
Balasan Meninggalkan Nafsu
Saya sedar bahawa ajakan untuk meninggalkan nafsu sangat ringan di lidah namun sangat berat diwujudkan dalam perbuatan. Apatah lagi hati manusia selalu berusaha memperoleh kelazatan sebanyak-banyaknya. Namun hal tersebut menjadi ringan sekiranya kita meyakini bahawa meninggalkan nafsu pada hakikatnya adalah menukar kelazatan kecil dengan kelazatan lain yang lebih besar.
Jangan salah faham. Saya tidak membicarakan tentang kelazatan syurga yang hanya boleh dinikmati selepas meninggal dunia. Insya-Allah kita akan mendapatkan itu juga nanti. Tetapi saat ini saya sedang berbicara tentang kelazatan “syurga dunia” yang dapat dirasakan sebelum nyawa kita berpisah daripada jasad. Ibn Athaillah al-Sakandari berkata, “Tuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita bekerja untuknya sekarang namun ia membalasnya nanti.”
Percaya atau tidak, anda dapat merasai balasan daripada amalan meninggalkan nafsu yang anda lakukan di dunia ini sebelum menerima pahalanya di akhirat kelak. Balasan minima yang segera anda rasakan adalah kenikmatan kembali kepada Allah dan berdamai dengan hati nurani. Ibrahim Al-Khawas berkata: “Barang siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun ia tidak merasakan (kelazatan) balasannya dalam hati, bererti ia tidak jujur dalam meninggalkannya.”
Balasan lain yang sedang menunggu seperti yang dijelaskan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ubay bin Ka’b katanya: “Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan memberinya sesuatu yang lebih baik daripada itu dari arah yang tidak disangka-sangka.” Ucapan ini diriwayatkan oleh Ibn Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd.
Bagi pemuda yang suka melihat sesuatu yang haram, sila renungi ucapan sahabat Nabi s.a.w yang diakui ketinggian ilmunya ini. Lalu ditinggalkannya kerana kelazatan maksiat yang sedang menjerat itu hakikatnya membunuh anda. Dan yakinlah, kelazatan yang lebih besar (hanya Allah yang tahu apa bentuknya) sedang menunggu anda sebagai balasan yang Allah berikan kepada orang yang meninggalkan nafsu kerana-Nya.
Jika anda merasa seronok menghisap rokok, cubalah meninggalkan keseronokan ini kerana Allah. Nescaya keseronokan lebih besar dan halal akan menghampiri anda sebagai gantinya dari Allah.
Jika anda berasa nikmat mempraktikkan gaya hidup bebas daripada aturan agama tanpa hukum halal dan haram, sudah sampai saatnya anda merenungkan kembali kenikmatan itu. Jika ianya membawa kepada kenikmatan sebenar, sila anda memperturutkan nafsu anda hingga akhir hayat. Tapi jika anda yakin nikmat itu hanya akan berakhir dengan kesengsaraan, segera tinggalkan kenikmatan semua itu dan beralihlah kepada kenikmatan hakiki yang sedang menunggu anda.
Akhirnya,
Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang meninggalkan sehelai pakaian (kerana dorongan) tawaduk kerana Allah, padahal dia mampu memakainya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan semua makhluk lalu membiarkannya memilih baju-baju iman yang dia kehendaki.”
Sering kali seseorang membeli sehelai pakaian bukan kerana memerlukannya untuk menutup aurat atau menjaga daripada panas atau sejuk. Dia membelinya hanya kerana pakaian itu pernah dilihatnya di dalam sebuah majalah fesyen. Begitu juga sikap sebahagian orang terhadap telefon bimbit, beg tangan, kereta, komputer riba dan aksesori lain yang mewarnai hidup kita. Hadis di atas menjelaskan balasan akhirat untuk orang yang bersedia meninggalkan kebiasaan buruk ini.
Akhirnya, sering-seringlah bertanya kepada diri sendiri ketika anda sedang memandang sesuatu benda di pusat beli belah, “Apakah saya ingin atau perlu membeli barang ini?” Lalu ucapkan kata-kata Sayidina Umar dengan jelas, “Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali ia menginginkan sesuatu yang dia membelinya.” Wallahu a’lam.

Doa agar dapat membayar hutang dari buku 101 petua murah rezeki dan jauhi hutang terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.
Kisah di sebalik doa ini :
Menurut sebuah riwayat dari al-Imam al-Tirmizi , seorang lelaki bertaraf hamba telah datang berjumpa dengan Sayyidina Ali ra meminta agar ditunjukkan jalan membolehkannya hidup merdeka dan bebas. Sayyidina Ali memberitahunya jika kamu bermal dengan doa yang pertama di atas , engkau akan dapat membayar hutangmu walaupun jika sebesar gunung .

6 ways to control your financial life
1. Kemaskinikan data kewangan anda.Ini melibatkan pelaburan, simpanan, skim insuran yang anda sertai termasuk bil-bil kegunaan anda seperti letrik, air dan telefon.Perbuatan menangguhkan bayaran hingga ke hujung bulan akan mengakibatkan longgokan komitmen.Hakikatnya anda akan merasai kehilangan ‘control’ terhadap kewangan anda!
2. Mengurangkan kos dengan menggunakan bahan alternative.Sebagai contohnya kita dapat mengurangkan belanja harian dengan memakan makanan yang lebih murah yang lebih baik dan berkhasiat sewaktu bersarapan.Seseorang ya bersarapan dengan roti yang disapu dengan madu berasama ‘cereal’ di rumahnya tentu dapat mengurangkan belanja dari makan di restoran setiap hari. Kata penulis artikel : “ Spending no more than you can afford is absolutely essential to financial control”.
3. Kurangkan Penggunaan kad kredit.Jelaskan bayaran sebelum tempoh matang sepenuhnya agar anda terselamat dari dikenakan ‘interest’.
4. Simpan sekurang-kurangnya 5 % dari total ‘income’ anda setiap bulan.
5. Bertungkus lumus dalam usaha untuk mencapai target anda.Kata penulis artikel : “ Visuallising what you want is the first step in seting goals.Think big, but be as specific as possible.Write down your financial goals, then figure out what steps you need to achieve them.Break them into manageable parts.If your goal is to save RM 5000 next year, seeing all those zeroes may seem daunting.But saving RM 100 a week is not so overwhelming”.
6. Membuat perancangan kewangan yang teliti berdasarkan masa sekarang dan akan datang.

Tidur : Peluang untuk menjadikannya sebagai ibadah
Tidur adalah dianggap sebagai ibadat seorang hamba kepada Penciptanya, sekiranya seseorang itu tidur mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Bagi memperjelaskan kedudukan tidur dalam ISlam, eloklah jika kita dapat melihat gambaran sunnah Nabi saw dan adab-adab tidur seperti yang dikemukakan dalam kitab Syamail Muhammad saw .
Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi saw adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud : "Jika kamu akan tidur maka berwudhu'lah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah do'a ini (seperti do'a yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan do'a itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu)".
Dalam sebuah hadis diterangkan: "Al-Barra' bin Azib r.a. berkata: "Adalah Rasulullah s.a.w. jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya : "Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan menghadapkan mukaku kepadaMu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu, dan menyandarkan belakangku kepadaMu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus". (Hadis riwayat Bukhari)
Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oelh Al-Bara’ bin ‘Azib ra., beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW bila berbaring di tempat tidurnya, baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tuhanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” [HR. At-Tirmidzi]
Hudzaifah pula meriwayatkan: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka baginda berdoa: Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mat dan aku hidup). Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: Alhamdu lillaahilladzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nusyuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidupkan daku kembali setelah mematikan daku, dan kepada-Nya tempat kembali).” [HR. At-Tirmidzi]
Menurut Ummul Mukminin Aisyah ra. Beliau berkata: “Bila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, baginda akan menghinmpunkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At-Tirmidzi , Lihat Kitab Syamail Muhammad cet Telaga Biru, hlm 167-168 )
Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga pernah mengubah kedudukan tidur baginda.Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah telah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis :
"Daripada 'Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Berkaitan dengan tidur terlungkup pula terdapat sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi saw.Hadis ini bermaksud : Tidak dibenarkan terlungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya samada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur terlungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang shohih)
Sebagai tambahan,satu huraian lanjut yang bermanfaat untuk diketahui oleh setiap muslim terdapat beberapa lagi adab yang dituntut amalannya sebelum tidur agar tidur itu menjadi ibadah di sisi Allah.Ini disebabkan tidur adalah aktiviti harian yang tidak khusus kepada anak-anak.Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab-adab tidur yang menjadi amalan Nabi s.a.w dan salafussoleh ialah :
1. Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.
2. Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.
3. Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.
4. Tidur dalam keadaan suci.
5. Tidur dalam keadaan berwudhuk.
6. Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi s.a.w sebelum tidur.
7. Bercelak dengan celak.Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud : Henaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. ( riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim )
8. Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur.Ini adalah berpandukan kepada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud : Orang yang tidak tidur hingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat.
9. Mengibaskan tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan bismilLah seperti riwayat al-Tirmizi.
10. Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.
Sebagai kesimpulannya terdapat beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendaat ridhaNya.Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan.Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan terlangkup.
Wallahu a’lam.

Adab-adab menuntut ilmu
Al-Imam al-Ghazali menggariskan adab-adab di bawah agar diamalkan oleh seseorang penuntut ilmu.Perkara ini wajar diberi perhatian untuk mendapat keberkatan darinya.
1. Mengikhlaskan niat menuntut ilmu untuk mendapatkan keredhaan Allah.
2. Hendaklah bertaqwa kepada Allah setiap masa.
3. Menimbulkan rasa MuraqabatulLah dalam diri.
4. Bersifat Tawadhu’ dan tidak menyombongkan diri .
5. Melatih diri dengan sifat Qana’ah dan Zuhud.
6. Menghiasi diri dengan Kehormatan diri ( Al-Muru`ah ).
7. Menjauhi kemewahan tanpa keperluan.
8. Berpaling dari perkara sia-sia.
9. Bersikap lemah lembut.
10. Banyak melakukan Tafakkur dan Merenung.
11. Mempunyai prinsip yang tetap dalam kebenaran dan berjaga-jaga terhadap sesuatu berita yang diterima.
12. Memelihara kehormatan guru.
13. Mencatat ilmu yang diperolehi.
14. Beramal dengan apa yang dipelajari
15. Mendoakan kebaikan bagi gurunya.
16. Hindari teman yang merosakkan.
17. Bercita-cita tinggi.
18. Menjaga hafalan.
19. Amanah terhadap ilmu yang dipelajari.
20. Menguruskan masa dengan bijak.
21. Merujuk kitab-kitab yang lebih besar.
22. Sentiasa berdiskusi dengan hikmah.
23. Melakukan ulangkaji supaya tidak terlupa.
24. Mempelajari ilmu alat yang berkaitan dengan disiplin itu.
25. Menjauhi perkara syubhat.
26. Jauhi buruk sangka.
27. Jauhi orang yang melakukan bid’ah.
28. Hormati ahli ilmu yang dikenali dengan kebaikannya, muhasabahlah mereka dengan cara yang terbaik tanpa merendahkan mertabat mereka.
29. Jawablah “Saya tidak tahu” jika anda ditanya dalam perkara yang anda memang tidak tahu.
30. Jauhi bergurau yang berlebihan.
-dipetik dari Kitab Ihya` Ulumiddin Bab al-Ilm wa Fadhluh
Kata al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’iey dalam Dewan al-Syafi’iey
أخي لن تنال العلم إلا بستة
سأنبيك عن تفصيلها ببيان
ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة
وصحبة أستاذ وطول زمان
Maksudnya :
Saudaraku ! Engkau takkan dapat mencapai ilmu melainkan dengan 6 perkara
Akan kukhabarkan kepadamu dengan penjelasannya
Kecerdikan, kesungguhan,kerajinan, dan makanan berkhasiat yang tidak berlebihan
Dan berkawan dengan gurumu dan lamanya tempoh belajarmu.

Persediaan ke masjid dan Peringatan sebelum solat Jumaat
Adab Berkaitan Masjid
1. Memakai pakaian yang sesuai dan bersih.
2. Memakai wangi-wangian bagi lelaki. Jangan memakan atau memakai sesuatu benda yang berbau busuk ke dalam masjid .
3. Jika anda memakan bawang atau menghisap rokok, silalah mencuci mulut atau berwuduk
4. Amalkan pergi ke masjid dalam keadaan berwudhuk.
5. Amalkan membaca doa yang diamalkan oleh Nabi s.a.w dalam perjalanan ke masjid.
6. Berjalan ke masjid dalam keadaan tenang, walaupun solat berjemaah sudah bermula.Ikutlah pergerakan imam.Sempurnakan apa yang tertinggal sesudah imam memberi salam.
7. Beri salam kepada orang yang telah sampai.Jika tiada orang maka ucapkanlah salam untuk diri sendiri iaitu :
السلام عَلـَيْنا و عَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِينَ
Maksudnya : “ Salam sejahtera dari Allah atas kita dan sekalian hambaNya yang saleh”.
8. Datanglah ke masjid lebih awal dan membaca doa ke masjid iaitu :
DOA MENUJU KE MASJID
Diriwayatkan dalam sahih Muslim , dalam sebuah hadith bahawa Ibn Abbas r.huma bahawa Nabi s.a.w telah keluar dari rumah Maimunah r.ha selepas bertahajjud. Untuk ke masjid bersolat Subuh , maka baginda s.a.w telah membaca doa di bawah :
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا ، وَ فِي لِسَانِي نُورًا ، وَاجْعَل فِي سَمْعِي نُورًا ،
وَاجْعَلْ فِي بَصَرِي نُورًا ، وَاجْعَلْ مِن خَلْفِي نُورًا ، وَمِن إِمَامِي نُورًا ،
وَاجْعَلْ مِنْ فَوقِي نُورًا ، وَمِنْ تَحْتِي نُورًا ، اَللَّهُمَّ أَعْطِنِي نُورًا
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari belakangku, cahaya di hadapanku, cahaya dari atasku dan cahaya dari bawahku. Ya Allah, berilah aku cahaya”.
9. Masuklah dengan kaki kanan dengan membaca doa masuk masjid iaitu :
DOA MASUK MASJID
Masjid berasal dari perkataan Arab yang bermaksud tempat sujud.Perkataan ini telah digunakan oleh Allah di beberapa tempat dalam al-Quran.
أَعُوذُ بِالله العَظِيمِ ، وَبِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ وَسُلْطَانِهِ القَدِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْمِ الله وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُولِ الله ،
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Maksudnya : “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, pada wajahNya yang mulia dan kekuasaanya yang Qadim(tidak ada permulaannya) dari syaitan yang terkutuk. Dengan nama Allah dan semoga selawat dan salam tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w . Ya Allah, bukalah pintu-pintu rahmatMu untukku”.
10. Pilihlah saf yang kehadapan.
11. Solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk. Jangan menunaikan solat di tempat yang boleh mengganggu orang ramai seperti di muka pintu.
12. Duduk dengan tenang dan tertib sambil mengadap kiblat.
13. Niatlah iktikaf di masjid.Lafaz niatnya ialah :
نَوَيْتُ الاعْتِكَافَ فِي هَذَا المَسْجِدِ للهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini kerana Allah swt”.
14. Gunakanlah kesempatan ketika berada dalam masjid untuk membaca al-Quran atau berzikir tetapi janganlah mengganggu orang lain yang sedang beribadah.
15. Sekiranya solat berjemaah sudah bermula,melangkahlah dengan tenang,walaupun ketinggalan rakaat.Apa yang terkurang dari imam sempurnakanlah kemudiannya.
16. Jangan melintas di hadapan orang yang sedang solat.
17. Jangan berbual di dalam masjid mengenai hal hal keduniaan.
18. Dilarang berjual beli dalam masjid.
19. Melangkah keluar dengan kaki kiri, sambil membaca doa keluar masjid iaitu:
DOA KELUAR MASJID
بِسْمِ اللهِ والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى رَسُولِ اللهِ ،
اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
اللّهُمَّ اعْصِمْنِي مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Maksudnya : “Dengan nama allah semoga selawat dan salam terlimpahkan kepada Rasulullah, Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadamu dengan keutamaanmu. Ya Allah peliharalah aku dari godaan syaitan yang terkutuk”.
20. Hadirilah majlis ilmu yang dikendalikan dalam masjid, dan berilah tumpuan kepadanya, kerana Allah menjanjikan rahmat dan ketenangan serta pahala bagi yang menghadirinya.
21. Jangan mengambil atau membawa pulang barang barang di dalam masjid kerana ia adalah harta wakaf untuk kegunaan kaum muslimin dan muslimat.

Tinggalkan terung yang haram Allah s.w.t. kurniakan isteri yang solehah
petikan dari Majalah Solusi Kolum Mahmudah oleh al-Syikh al-Ustaz Umar Mohd Nor -hafizahulLah-
Di kota Damsyiq, ada sebuah masjid besar yang bernama Masjid Al-Taubah. Kira-kira tujuh puluh tahun yang lalu, masjid ini pernah diduduki oleh seorang pemuda, penuntut ilmu yang bernama Sulaim Al-Suyuthi. Beliau terkenal pandai dalam ilmu agama dan sangat soleh, tetapi ia sangat fakir. Ia tidak memiliki tempat berteduh selain sebuah bilik di dalam masjid Al-Taubah.
Suatu hari, Sulaim merasa sangat lapar. Sudah dua hari beliau tidak makan dan tidak memiliki apa-apa untuk membeli makanan. Pada hari ketiga, beliau merasa hampir mati. Otaknya lalu berfikir; apa yang harus dilakukan? Malah dia berasa telah sampai kepada batasan darurat yang membolehkan dirinya memakan bangkai atau mencuri sesuai keperluan. Ia memilih untuk mencuri.
Masjid Al-Taubah pada waktu itu berada di tengah-tengah kota raya. Rumah-rumah pada saat itu saling berdekatan dan atapnya saling berhampiran. Jika seseorang mahu, ia dapat berjalan hingga ke akhir kota dengan melangkah di atas atap-atap rumah. Syeikh Sulaim segera memanjat dinding masjid. Ia terus melangkah ke atap rumah penduduk. Ia melihat seorang wanita dari atap tersebut, ia segera menutup matanya dan menjauh.
Kemudian dia tiba ke sebuah rumah kosong, ia mencium dari dalamnya bau sebuah masakan. Bau itu macam magnet yang menarik dirinya untuk turun. Ia segera melompat ke dalam rumah itu dan terus berlari ke dapur. Ia segera mengangkat penutup kuali dan melihat terung-terung (bazinjan mahsyi) yang sedang dimasak. Tangannya mengambil salah satu dari terung tersebut dan segera menggigitnya. Namun sebelum ia berhasil menelan gigitan tersebut, akal dan agamanya kembali. Hatinya segera berkata, “Auzu billah. Saya seorang pelajar agama yang tinggal di masjid. Tidak patut saya menceroboh rumah orang lain dan mencuri makanannya.”
Ia menjadi sangat menyesal. Ia lalu beristighfar dan mengembalikan terung yang telah digigitnya itu ke tempatnya semula. Ia lalu kembali ke masjid dan duduk di sebuah majlis ilmu. Namun karena sangat lapar, ia hampir tidak mengerti apa yang ia dengar. Setelah majlis itu selesai dan semua orang telah kembali ke rumah masing-masing, tidak ada yang masih berada di dalam masjid kecuali Syeikh Sulaim dengan gurunya.
Dalam keadaan itu seorang wanita berniqab tiba-tiba datang dan berbicara dengan sang guru, suaranya sangat halus. Kemudian guru itu memanggil Syeikh Sulaim lalu berkata kepadanya, “Perempuan ini memberitahuku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Dan ia seorang yang asing di negeri ini. Tidak ada yang menjaganya selain pak ciknya yang sudah sangat tua. Ia mewarisi rumah dan semua harta suaminya. Untuk itu, ia meminta dicarikan seorang suami yang dapat menjaga dirinya dari orang-orang jahat. Maukah engkau menikahinya?”
Syeikh Sulaim berkata, “Ya.” Lalu Syeikh itu bertanya kepada perempuan itu, “Maukah engkau menerimanya sebagai suami?” Ia menjawab, “Ya.” Ia lalu memanggil pakcik perempuan itu dan menghadirkan dua orang saksi. Akad nikahpun dilaksanakan segera.
Syeikh itu lalu berkata, “Bawalah suamimu ini.” Perempuan itu lalu memimpinnya ke rumah tempat tinggalnya. Apabila perempuan itu menyingkap niqabnya, ternyata ia adalah seorang wanita yang sangat muda dan cantik. Juga ternyata, rumah kediamannya adalah rumah yang tadi dicerobohinya.
Isterinya lalu bertanya, “Maukah engkau makan?” Ia menjawab, “Ya.” Isterinya segera membuka penutup kuali dan melihat terung-terungnya. Ia segera berkata, “Hairan sekali, siapa yang telah masuk ke rumah dan memakan terungku?”
Syeikh Sulaim segera menangis dan menceritakan kisahnya kepada isterinya. Isterinya itu segera berkata, “Inilah buah daripada sifat amanah. Engkau meninggalkan sebiji terung yang haram, Allah lalu memberikan kepadamu rumah ini berserta seluruh seisinya melalui cara yang halal.”
Tinggalkan yang Haram
Kisah ini diceritakan oleh Allahyarham Syeikh Ali Al-Thantawi, seorang ulama besar di Syria yang wafat beberapa tahun lalu, di dalam ”muzakarat”nya. Beliau berkata, “Cerita ini kisah nyata. Saya sendiri mengenali tokoh-tokohnya dan saya masih ingat perincian ceritanya.” Masya-Allah, ketika membaca kisah ini saya kembali teringat kota Damsyiq yang penuh dengan ilmu dan keberkatan. Kejadian luar biasa sering terjadi di kota ini bagi orang-orang yang ikhlas menuntut ilmu kerana Allah.
Pengajaran yang terkandung di dalam kisah ini sangat jelas. Satu biji terung haram yang anda tinggalkan kerana Allah akan dibalas dengan rumah besar berserta isinya dan isteri yang cantik di dunia ini. Belum lagi balasan tidak terkira daripada Allah di akhirat kelak, ”Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti dan yang indah dipandang, sebagai balasan bagi mereka atas apa yang mereka kerjakan.” (surah al-Sajdah: 17).
Meninggalkan perkara haram adalah ibadah yang paling Allah sukai. Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tinggalkanlah perkara-perkara yang haram, maka engkau menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.” Siti Aisyah berkata, “Kamu semua tidak akan membawa amalan yang lebih baik daripada sedikit dosa. Maka barang siapa yang mahu mengalahkan seorang ahli ibadah yang tidak pernah berhenti menyembah Allah, maka tahanlah dirinya daripada dosa.”
Para ulama berkata, “Perbuatan taat dapat dilakukan oleh semua orang. Namun meninggalkan maksiat, hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang siddiq (jujur kepada Allah).” Maimun bin Mahran, seorang ulama tabiin berkata, “menyebut nama Allah dengan lisan adalah perbuatan yang sangat baik. Namun lebih baik daripada itu ialah seseorang yang mengingat Allah ketika hampir melakukan maksiat.”

Doa buat mengubati perasaan duka atau stress dari Kitab 101 Doa daripada hadis-hadis sahih terbitan Telaga Biru
اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي
Maksudnya : “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.
Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini , seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya .

Doa memohon pertambahan ilmu seperti yang dibaca pada awal rancangan Tafsir di IKIM.FM
اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ
Maksudnya : “ Ya Allah berikanlah keadaku manfaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.
Keterangan & Petua Beramal
Hati yang tidak khusyuk boleh menyebabkan kita lalai dalam urusan dunia . Ini mengakibatkan tidak ada kelazatan dalam ibadah . Bila tiada kelazatan ibadah , doa yang dipanjatkan tiada ruh , keazaman dan kekuatan . Jiwa pula akan penuh dengan mazmumah membawa diri jauh dari keredhaan Allah swt . Antara faktor yang menyumbang ke arah itu ialah kejahilan . Semuanya berkaitan antara satu dengan yang lain .
Menurut Ibnul Jauzi , antara tactic yang dirancang oleh iblis ialah menyelewengkan manusia ke arah mempelajari perkara-perkara yang kecil dan tidak penting dalam syara`.Ini termasuklah mempelajari qiraat-qiraat yang syazzah dengan tujuan berbangga dan menunjukkan ketokohan dalam bidang tersebut.Sedangkan umat Islam tidak mendapat apa-apa faedah dari ilmunya itu.Demikian juga golongan yang gemar mempelajari perkara-perkara yang disangkanya dari hadith nabi, sedangkan dia tidak berusaha memastikan adakah ia benar-benar hadith ataupun hadith yang palsu.Akhirnya dia sibuk mengajar manusia perkara-perkara yang tidak berasaskan syariat itu untuk menampakkan keunggulan ilmunya, kononnya dia mengetahui apa yang orang lain tidak tahu.
DARI KITAB 101 DOA DRP HADIS-HADIS SAHIH TERBITAN TELAGA BIRU SDN BHD

Doa agar terhindar dari berbagai kejahatan
اللَّـهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ و رَبَّ الأَرْضِ ، وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى ، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالفُرْقَانِ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ ، اللَّـهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ ، و أَنْتَ َالآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ ، وَ أَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَيْءٌ ، إِقْضِ عَنَّا الدَّيْنِ ، وَأَغْنِنَا مِنَ الفَقْرِ
Ya Allah , Tuhan langit yang tujuh , tuhan bumi , tuhan arasy yang agung, Tuhan kami dan Tuhansegala sesuatu , pembelah biji dan benih , tuhan yang menurunkan taurat , injil dan al-Furqan ( al-Quran ) , aku berlindung kepadaMu dari segala kejahatan yang Engkau pegang ubun-ubunnya , ya Allah engkaulah yang pertama tiada sesuatu sebelumMu , Engkaulah yang paling akhir , tiada sesuatupun sesudahMu.Engkaulah yang Zahir , tiada sesuatu yang lebih hebat dariMu , dan Engkaulah yang batin , tiada sesuatupun yang tersembunyi dariMu , tunaikanlah hutang kami dan cukupkanlah keperluan kami .
Keterangan & Petua Beramal
Dalam hadith ini Nabi saw mengajar kita kepentingan memohon perlindungan dari dua kesusahan iaitu kesusahan hutang dan kemiskinan. Sebagai umat yang dinobatkan sebagai sebaik umat , kita harus peka kepada dua masalah ini yang kerap mengundang kesusahan dalam hidup . Ramai manusia terpedaya dengan cara hidup bermewah-mewah yang tak diperlukan hingga menyebabkan berhutang untuk urusan yang tidak diperlukan . Moga Allah mengurniakan kita dengan limpah kurniaNya agar terselamat dari musibah ini dengan berkat beramal dengan wahyuNya menerusi lidah Nabi saw ini .
dipetik daripada Kitab 101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.

Umar Bin Ab Aziz r.a. dan panduan mendapakan anak yang salih
Kita pasti mendengar tentang Umar bin Abdul Aziz (61-101 H) seorang yang banyak ilmu, warak, zuhud, rajin beribadah dan juga merupakan seorang khalifah yang adil sehingga semua rakyatnya hidup dalam kemakmuran. Selama dua tahun ia memerintah, tidak ada seorang pun yang berasa berhak menerima zakat kerana keadilan telah memperkayakan mereka. Kisah keadilan dan kesolehan khalifah ini sangat masyhur sehingga Imam al-Syafiʻi berkata, “Khulafa’ al-Rasyidin sebanyak lima orang; Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Umar bin Abdul Aziz.”
Imam Abu Muhammad Abdullah bin Abdil Hakam (w. 214 H), seorang murid cemerlang Imam al-Syafiʻi di Mesir, pernah menulis riwayat hidup khalifah soleh ini dalam sebuah buku yang berjudul Sirah ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: Kama Rawahu Malik bin Anas wa Ashabuhu. Beliau membuka buku ini dengan kisah Amirulmukminin Umar bin al-Khattab yang sedang meninjau di tengah malam di sekeliling kota Madinah untuk mengetahui keadaan rakyatnya dari dekat. Tiba-tiba, Umar mendengar dari sebuah rumah suara perempuan tua yang sedang berkata kepada puterinya, “Campurkanlah air ke dalam susu (jualan) itu. Waktu telah hampir pagi.”
Anak perempuan itu menjawab: “Bagaimana saya akan mencampurkannya padahal Amirulmukminin telah melarang perbuatan tersebut.” Ibunya berkata lagi: “Semua (pedagang) melakukan itu, maka lakukanlah. Lagi pula Amirulmukminin tidak akan tahu.” Anak itu kembali menjawab: “Meski Umar tidak tahu, namun tuhan Umar tahu. saya tidak akan melakukan sesuatu yang dilarang.”
Ucapan ini sangat berkesan di hati Umar. Pada pagi harinya, ia segera memerintahkan anaknya yang bernama ‘Ashim untuk mendatangi rumah itu. Ia berkata, “Pergilah wahai anakku dan pinangilah beliau. Ia akan melahirkan seorang satria yang akan menguasai bangsa Arab.” ‘Ashim melaksanakan perintah itu.
Hasil daripada perkahwinan mereka berdua lahirlah seorang anak perempuan yang diberi nama Ummu ‘Ashim. Setelah dewasa, Ummu ‘Ashim menikah dengan ‘Abdul Aziz bin Marwan dan melahirkan seorang anak yang kelak membuktikan kebenaran firasat Umar bin al-Khattab. Anak itu bernama Umar bin Abdul Aziz.
Memilih Pasangan
Seorang anak tidak lahir dari ruang hampa, namun ia lahir dari dua orang manusia dewasa yang menurunkan kepadanya sel-sel genetik yang akan membentuk tubuh dan otaknya. Dalam tulisan kali ini, saya hendak mengingatkan hakikat yang mungkin sering kita lupa iaitu bahawa anak-anak itu juga mewarisi akhlak dan sikap keagamaan orang tuanya.
Seorang ulama akhlak di Mesir yang bernama Syeikh Ali al-Khawas pernah berkata, “Hendaklah setiap orang memperhatikan sifat anak-anaknya. Jika sifat mereka baik, maka itu adalah akhlaknya. Jika buruk, itu juga akhlaknya. Sebab sperma (mani) turun dari dirinya dengan membawa sifat-sifat tersebut. Maka tidak ada yang boleh disalahkan selain dirinya sendiri.”
Hakikat yang terpaksa kita terima ,bahawa anak yang soleh hanya lahir dari ibu bapa dan keturunan yang soleh. Ini sebuah kaedah umum yang selalu terjadi, kecuali Allah berkehendak lain lalu mentakdirkan seorang anak soleh lahir dari kedua orang tua yang fasik. Meski hal itu tidak mustahil, tapi ianya sangat sedikit dibandingkan kaedah umum yang disebutkan tadi.
Mungkin itulah sebabnya agama kita sering berpesan agar kita berhati-hati memilih pasangan, dan menganjurkan agar kita menjadikan agama sebagai kriteria utama. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba wanita yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahi orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya hamba yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka ( orang-orang musyrik ) itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (Surah al-Baqarah 2: 221)
Hadis-hadis yang mendukung hal ini pun sangat banyak. Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Pilih-pilihlah untuk sperma (mani) kalian.” Begitu juga sebuah hadis yang sangat terkenal riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Seorang wanita (biasanya) dinikahi kerana empat perkara, kecantikannya, keturunannya, hartanya dan keagamaannya. Maka dapatkanlah perempuan yang memiliki keagamaan (yang baik), berdebulah tanganmu.”
Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim berkata, “Makna yang benar untuk hadis ini bahawa Nabi s.a.w. memberitakan tentang kebiasaan masyarakat pada saat itu yang menginginkan empat sifat ini (ketika mencari isteri), dan meletakkan agama di tempat terakhir. Maka dapatkanlah, wahai orang yang meminta nasihat, isteri yang berpegang teguh kepada agama.”
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari berkata, “Makna hadis ini, sepatutnya bagi orang yang beragama dan bermaruah menjadikan sifat soleh itu sebagai fokus pandangannya dalam segala sesuatu, terutamanya (ketika memilih) orang yang akan berdampingan lama dengannya.”
Para ulama berbeza pendapat tentang makna “berdebulah tanganmu”. Sebahagian mengatakan bahawa kalimat ini sekadar ucapan yang biasa dilontarkan orang Arab tanpa mengandung makna apa-apa di dalamnya. Dan sebahagian yang lain mentafsirkannya dengan “kefakiran”, ertinya engkau akan mendapat kefakiran jika tidak melaksanakan anjuran ini.
Kesolehan Ibubapa
Apabila kedua-dua ibu bapa telah menjadi hamba Allah yang sempurna, maka kesan daripada hal itu dapat dilihat pada diri keturunannya. Kesan itu bahkan boleh terus terlihat meskipun mereka telah lama meninggal dunia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Ja’far al-Kharai’thi (w. 327 H) meriwayatkan dalam kitab Makarim al-Akhlaq dari Ibn Abbas, “Sesungguhnya kebaikan (yang dilakukan seseorang) akan dibalas hingga ke anak cucunya.”
Al-Hafiz Abu Nu’aim dan al-Khatib al-Baghdadi meriwayatkan daripada imam tabiin ahli tafsir di Makkah yang bernama Mujahid bin Jabr (w. 103 H), “Sesungguhnya Allah s.w.t. memperbaiki anak cucu seseorang kerana kesolehan dirinya.” Ucapan serupa diriwayatkan oleh Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd wa al-Raqa’iq dari Muhammad bin al-Munkadir (w. 130 H), seorang ulama tabiin di Madinah.
Makna ini bahkan dapat ditemukan dukungannya daripada al-Quran, iaitu ketika hamba yang soleh (Nabi Khidr) membangunkan rumah milik dua orang anak yatim yang hampir roboh. Apabila Nabi Musa bertanya mengapa ia melakukan perbuatan itu, ia menjawab, “Ayah keduanya adalah seorang yang soleh.” (Surah al-Kahf 18: 82). Imam ahli tafsir terkenal berasal dari Andalusia, Abu Abdillah al-Qurtubi (w. 671 H) berkata dalam tafsirnya al-Jami’ li Ahkam al-Quran 11/27, “Ini menunjukkan bahawa Allah s.w.t. menjaga diri orang yang soleh, juga menjaga anak keturunannya meskipun jauh.”
Tidak ada penjagaan yang lebih diharapkan orang tua yang soleh selain agar Allah menjaga anak-anaknya daripada perbuatan maksiat yang akan mengundang murka Allah di dunia dan akhirat.
Mendidik Anak
Kesolehan ibu bapa memang modal utama yang mesti dipenuhi, tapi bukan bererti hal itu sudah mencukupi untuk membentuk anak soleh. Pendidikan juga sangat penting dalam menentukan akhlak dan personaliti anak. Dan antara kekeliruan yang berlaku jika kita menyangka bahawa pendidikan anak hanya akan dimulakan ketika ia mencapai usia sekolah.Pendidikan sewajarrnya mesti dimulai jauh sebelum ia diciptakan.
Pertama sekali, ibu bapa yang menginginkan anak soleh harus menerapkan semua adab-adab bersetubuh sebagaimana yang diajarkan Rasulullah s.a.w. dan disebutkan para ulama di dalam buku-buku mereka. Salah satunya saya nukilkan di sini ucapan Imam Abdul Wahab al-Sya’rani (w. 973 H). Dalam kitab Lathaif al-Minan wal Akhlaq, ia menulis, “Aku sangat menyayangi keturunanku sebelum mereka dilahirkan. Yakni dengan cara aku tidak pernah menyentuh ibu mereka sambil lalai mengingat Allah, atau sambil menyimpan sifat marah, serakah dengan dunia, dengki ataupun ujub.”
Selanjutnya, jika Allah menentukan tercipta anak dari hubungan tersebut, maka ibu bapa harus menjaga perkembangan spiritual anaknya dengan menyediakan persekitaran yang islami. Imam Sahl bin Abdillah al-Tustari berkata, “Aku selalu memelihara perjanjian yang Allah ambil daripadaku ketika aku berada di alam arwah. Dan aku menjaga anakku sejak waktu tersebut hingga Allah mengeluarkannya ke alam dunia.”
Tugas mendidik anak semakin bertambah berat setelah anak itu lahir, membesar dan mempunyai keperibadiannya sendiri. Pada saat ini, orang tua harus telah membiasakan anaknya dengan aktiviti tertentu yang akan membentuk jiwa anaknya sesuai dengan apa yang mereka harapkan.
Imam Abu Abdillah al-Dzahabi dalam Siar ʼAlam al-Nubala dari ‘Urwah bin al-Zubair bercerita bahawa ayahnya (al-Zubair bin Awwam seorang sahabat Nabi yang gagah berani) meletakkan anaknya, Abdullah bin al-Zubair yang masih berusia 10 tahun, di atas seekor kuda pada perang Yarmuk lalu mengamanahkannya kepada seseorang untuk mengawasinya. Ia melakukan hal itu untuk mengajarkan kepada anaknya erti keberanian dan keperwiraan. Mungkin kerana itu, Abdullah bin al-Zubair kemudian terkenal sebagai seorang panglima yang gagah berani.
Imam Ibrahim bin Adham berkata, “Ayahku selalu berkata kepadaku, ‘Wahai anakku, pelajarilah hadis. Setiap kali engkau menghafal sebuah hadis, aku akan memberi keapadamu satu dirham. Aku lalu menghafal hadis kerana itu.’” Hingga saat ini, nama Ibrahim bin Adham masih dikenal sebagai ulama yang banyak menyumbang untuk kemajuan ilmu-ilmu keislaman.
Itu juga yang dilakukan Imam Abu Abdillah al-Syafiʻi. Al-Hafiz Abu Nuʻaim dalam Hilyat al-Awlia meriwayatkan bahawa Imam al-Syafiʻi sering melontarkan soalan-soalan fiqah kepada anaknya yang bernama Abu Usman dan muridnya Abu Bakar al-Humaidi sambil berkata, “Siapa dia antara kalian yang dapat menjawabnya, maka aku akan memberinya satu dirham.”
Perhatian Imam Ahmad kepada pendidikan anaknya tidak kurang dari itu. Imam Ibn al-Jauzi dalam kitab Manaqib al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Saleh bin Ahmad bin Hanbal, “Ayahku (Imam Ahmad) selalu memanggilku setiap kali ada seorang zahid datang bertamu agar aku melihatnya. Ia ingin agar aku menjadi sepertinya.”
Doa Nabi Ibrahim
Satu lagi yang terpenting, ibu bapa dituntut untuk semakin mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. dan tidak henti-henti meminta penjagaan untuk anaknya. Pemimpin ulama tabiin di Madinah, Said bin al-Musayyab pernah berkata, “Sering kali apabila aku melakukan solat, aku teringat kepada anakku. Lantas aku menambahkan solatku kerananya.”
Membiasakan diri dengan mendoakan anak pada saat-saat mustajab adalah sikap terpuji yang mempunyai sandaran kuat daripada Nabi Ibrahim a.s. Setiap kali kita membaca doa-doa Nabi Ibrahim dari al-Quran, kita akan melihat beliau selalu menyertakan anak-anak keturunannya dalam setiap doa yang ia panjatkan kepada Allah s.w.t. Akhirnya, Allah mengabulkan doanya dengan mengeluarkan seorang rasul terbesar di antara anak-anak keturunannya sebagai penutup semua nabi dan rasul.
Imam Ahmad dalam Musnad-nya meriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili, ia berkata, “Wahai Nabi Allah, beritahukanlah tentang awal kejadian Nabi.” Baginda menjawab yang bermaksud, “(Awal kejadianku adalah) doa bapaku Ibrahim, khabar gembira Isa, dan ibuku pernah bermimpi bahawa sebuah cahaya keluar daripada tubuhnya lalu menerangi istana-istana Syam.”
DIPETIK DARI MAKALAH US UMAR M NOR, MAJALAH SOLUSI EDISI KE 12

Doa dari Tafsir Surah Al-Mukminun untuk mengelak lupa
اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ،
وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.
Maksudnya : “Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan , Muliakankah kami , jangan dihina , berilah buat kami , jangan ditahannya , dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan , dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”
Petua Beramal
Dalam tafsir Ibn Kathir , diriwayatkan oleh Sayyidina Umar al-Khattab ra bahawa Nabi saw pernah berdoa apabila turunnya surah al-Mukminun seperti di atas.
Memerhatikan intisari munajat di atas , digalakkan hamba agar memohon kepada Allah kelebihan dalam anugerahNya , baik umur , rezeki , harta , anak anak yang soleh solehah dan sebagainya yang dinilai manusia sebagai nikmat . Selain itu juga , kita memohon kemuliaan agar dipandang tinggi dan dihormati oleh orang lain.
petikan dari buku 101 doa daripada hadis2 sahih terbitan Telaga Biru Sdn Bhd

Kepentingan makanan yang halal
Kepentingan makanan yang halal untuk menjana generasi yang salih / salihah
satu malam, khalifah Islam terkemuka, Umar al-Khattab r.a menziarahi rakyatnya.Berdekatan dgn rumah kedengaran suara dialog anak dara dengan ibunya.Ibu berkata, tambahkan air supaya kuantiti susu bertambah.Jawapan anaknya, Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a melarang mencampurkan susu dgn air.Ibu bertegas mengatakan : Orang2 lain telah melakukannya.Engkau lakukan sahajalah ! Jika engkau lakukan Amirul Mukminin tidak akan tahu.Anak gadisnya mengatakan, jika Umar tidak tahu, Tuhan Umar pasti tahu.Umar r.a amat terharu mendengar kesalihan gadis itu.Dia pulang ke rumah, lantas meminta anaknya Asim spy meminang gadis tersebut.Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang puteri yg dinamakan Ummu Asim bt Asim.Ummu Asim ini akhirnya dipinang dan dikahwini oleh Ab Aziz bin Marwan bin Hakam.daripada pasangan inilah lahirnya Umar bin Ab Aziz,khalifah Islam yg dianggap sebagai seorang mujaddid kurun pertama hijrah.